kepada yang baru mengikuti siri ini, episod ke 9 boleh dibaca di pautan ini:
atau anda mahu ikuti dari mulanya? boleh juga di pautan ini:
********************************************************************
Pizza
yang tersusun rapi membentuk bulatan bagaikan jam itu belum bersentuh. Panas
makanan segera itu mulai hilang dek kesejukan penghawa dingin rumah itu.
Matanya merenung kepingan kepingan sosej di atas lapisan keju, diselangi
susunan sayuran dan buahan, namun hati dan fikiran memikirkan perkara lain.
" girl, kenapa mama tengok dari tadi
termenung merenung pizza tu? Why don’t you just eat it?" si ibu mula
menegur gelagat anaknya yang dari tadi merenung makanan di atas meja itu.
Tersentak lamunannya, namun hanya membalas
dengan lamunan.
" anak mama ni dah "fall in
love" lagi ke? Buat kali ke berapanya…." Si ibu menegur lagi.
" mungkin…." Pendek, kali ini
dia menjawab.
Si ibu hanya menggelengkan kepala. Hati
kecilnya kadang kadang berasa lucu melihat kelibat anak gadis mereka yang bagai
tak serik serik bermain cinta, walaupun telah beberapa kali dipermainkan.
" ikin nak buat dia telefon ikin
ma….tapi, ikin pula yang tak boleh tunggu lama…"
" aik, kata pandai pasang
perangkap…nampaknya dah termasuk perangkap sendiri….??"
Si ibu hanya tergelak.
Asyikin sebenarnya amat tidak berpuas
hati. Dia mengagak dalam tempoh selama sehari setengah dia tidak menghubungi
Rahman, Rahman akan merinduinya dan segera menalifonnya. Tapi nampaknya dia
yang tidak sabar dengan permainan yang diciptanya sendiri.
Tiba
tiba telefon bimbitnya mengeluarkan nada dering. Cepat cepat dia melihatnya.
Nombor yang tidak disimpan di dalam telefon, nombor yang tak dikenali.. Mesti
aman. Detik hatinya.
" hai sayang…" suara seorang
anak teruna kedengaran. Namun bukan orang yang diharapkan. Tapi bekas teman
lelakinya yang dulu, yang kebelakangan ini kerap menghantar kembali mesej mesej
seperti mereka masih dalam ikatan cinta dahulu. Mesej mesej yang mengajak
berfantasi. Ketika tidak ada Aman dahulu dia sendiri sering tewas, melayan juga
mesej mesej itu. walaupun sudah tiada lagi kasih, tiada lagi nafsu, namun
kerana nafsu masih diturutkan. Tapi sekarang dia ada Aman, dia mahu tumpukan pada
Aman. Tapi Aman pula masih tidak mahu menalifonnya. Cuma mesej yang sampai
bertalu talu.
" hai..dah tak nak cakap dengan I
lagi…I tahu You malu…tapi you mahu kan??"
Dia segera mematikan telefon tanpa
menjawab apa apa.
Sekali lagi deringan telefon berbunyi.
Nombor yang sama. Dibiarkan sahaja di atas meja.
" eh, tadi tertunggu tunggu orang
telefon, bila dah telefon tak mahu angkat pula…" tegur ibunya.
" kita tunggu orang lain la ma…orang
lain pula yang call…" jawabnya.
Akhirnya
dia meninggalkan pizza di atas meja. Memanjat anak anak tangga menuju biliknya
di tingkat atas. Masuk sahaja ke bilik terus dihempaskan badan ke atas katil.
Dia terpandang komputer riba yang ada di sisi. Ikon laman sembang menunjukkan
mesej mesej yang banyak. Semuanya dari aman. Namun dia nekad tidak mahu
membalas. Dia mahu aman menalifon, bukan sekadar membalas mesej sms ataupun di
laman sembang. Biarlah dia derita seketika, dia yakin kali ini aman pasti
menalifonnya…
*********************************************************************
Langit
sejak petang muram. Awan awan hitam yang membawa air yang dikumpulkan dari
serata tempat semakin kelihatan berat. Sesekali guruh menggegarkan langit.
Diselangi riuh rendah makhluk spesis amfibia memanggil hujan. Sebaik usai salam
kedua di masjid besar kota
cahaya, awan tak terbendung lagi air yang dibawa. Lalu turunlah hujan mencurah
curah membasahi bumi kota
cahaya. Menambahkan lagi dingin malam dengan kesejukan hujan.
Usai
menunaikan sunat sunat sesudah solat, jemaah mula beransur meninggalkan masjid.
Yang berkenderaan menumpangkan yang berjalan kaki, agar mereka sama sama dapat
pulang dalam keadaan selesa. Rahman masih duduk di atas tangga ketika kawasan
luar masjid makin lengang dari jemaah. Van ustaz sulaiman, kenderaan terakhir
keluar dari situ berhenti di depan tangga.
" aman, mari naik sekali, lebat
gayanya hujan ni, mungkin lambat lagi nak berhenti…" panggil ustaz
sulaiman.
" kamu sekali Usop…" sambungnya
bila melihat yusof keluar dari pintu masjid.
" terima kasih, takpe pak cik, saya
balik dengan aman. Lagipun saya ada bawa paying…" jawab Yusof.
" kalau macam tu tak mengapa lah, pak
cik pergi hantar budak budak ni dulu, assalamualaikum…."
"waalaikumussalam…".
Yusof
mendekati Rahman, duduk di sebelahnya di atas anak tangga masjid. Rahman yang
asalnya memegang telefon bimbit menyimpannya pula ke dalam kocek. Yusof sedang
mencari idea, macam mana hendak memulakan bicara dengan Rahman tentang
"Siasatan" adik adik mereka. Inilah masa yang paling sesuai, hanya
mereka berdua.
" aik man, dengan aku pun nak sorok
sorok ke…" yusof bergurau, membuka bicara.
" heheh mana ada sorok apa apa kau
ni..dah tak nak guna simpan la…eh sop, semalam, yang kecoh kecoh tu kenapa? ".
seperti pucuk dicita ulam mendatang. Soalan Rahman benar benar memberi ruang
kepada yusof untuk memulakan bicara topik sebenar.
" budak budak tu lah…tubuhkan pasukan
penyiasat..tu yang malam malam buta masih berkeliaran dekat koridor…"
" menyiasat apa pula….macam macam la
dia orang tu…"
" entahlah man, tapi dia orang cerita
dekat aku, diorang nak siasat suara misteri yang datang dari tingkat atas..suara
yang seperti bercakap dengan seseorang..tapi hanya kedengaran suara
seorang…"
Rahman tergelak, menekup mulutnya. Ada ke patut suara dia
bertalifon digelar suara misteri. Yusof masih membuat riak muka serius. Dia
semakin hampir membuatkan Rahman bercerita hal sebenar.
" kau gelak man? Orang tengah cerita
misteri kau ketawa..pelik kau man…"yusof berpura pura tidak tahu.
" misteri apa sop…suara tu, suara aku
bercakap telefon…" akhirnya Rahman memberitahu hal sebenar.
" kau ni Man, kesian budak budak
tu…" kata yusof. Rahman hanya tergelak, kelakar benar rasanya bila adik
adik mereka menganggap suara itu suara misteri.
" tapi man, dia orang ada kata,
perbualan itu…antara lelaki dan perempuan… "yusof menyambung.
Rahman yang tadi tergelak tersentak, bicara
terakhir Yusof itu membuatkannya terdiam. Ibarat sang pelanduk yang sudah
termasuk jerat. Tidak boleh melepaskan diri lagi, kecuali sang pemburu sendiri
berbaik hati melepaskan si pelanduk. Mahu menjawab, hendak dijawab dengan
jawapan yang betul atau jawapan rekaan.
" aik, tadi gelak…ni dah diam
pulak…" Yusof bangun, mencapai payung di tepi tangga, membukanya. Payung
yang cukup besar untuk melindungi mereka berdua dari hujan. Rahman tergamam.
Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab
bicara yusof tadi.
*********************************************************************************
keadaan suspen begini begitu sesuai utk kita menangguhkan sesuatu cerita kan??
...bersambung lagi....
1 komen:
ni yg x sabo nunggu episod 11 nih..huhu
Catat Ulasan