Ketika Cinta "ditalbis" - siri 10


kepada yang baru mengikuti siri ini, episod ke 9 boleh dibaca di pautan ini:
atau anda mahu ikuti dari mulanya? boleh juga di pautan ini:
********************************************************************
            Pizza yang tersusun rapi membentuk bulatan bagaikan jam itu belum bersentuh. Panas makanan segera itu mulai hilang dek kesejukan penghawa dingin rumah itu. Matanya merenung kepingan kepingan sosej di atas lapisan keju, diselangi susunan sayuran dan buahan, namun hati dan fikiran memikirkan perkara lain.
" girl, kenapa mama tengok dari tadi termenung merenung pizza tu? Why don’t you just eat it?" si ibu mula menegur gelagat anaknya yang dari tadi merenung makanan di atas meja itu.
Tersentak lamunannya, namun hanya membalas dengan lamunan.
" anak mama ni dah "fall in love" lagi ke? Buat kali ke berapanya…." Si ibu menegur lagi.
" mungkin…." Pendek, kali ini dia menjawab.
Si ibu hanya menggelengkan kepala. Hati kecilnya kadang kadang berasa lucu melihat kelibat anak gadis mereka yang bagai tak serik serik bermain cinta, walaupun telah beberapa kali dipermainkan.
" ikin nak buat dia telefon ikin ma….tapi, ikin pula yang tak boleh tunggu lama…"
" aik, kata pandai pasang perangkap…nampaknya dah termasuk perangkap sendiri….??"
Si ibu hanya tergelak.
Asyikin sebenarnya amat tidak berpuas hati. Dia mengagak dalam tempoh selama sehari setengah dia tidak menghubungi Rahman, Rahman akan merinduinya dan segera menalifonnya. Tapi nampaknya dia yang tidak sabar dengan permainan yang diciptanya sendiri.

            Tiba tiba telefon bimbitnya mengeluarkan nada dering. Cepat cepat dia melihatnya. Nombor yang tidak disimpan di dalam telefon, nombor yang tak dikenali.. Mesti aman. Detik hatinya.
" hai sayang…" suara seorang anak teruna kedengaran. Namun bukan orang yang diharapkan. Tapi bekas teman lelakinya yang dulu, yang kebelakangan ini kerap menghantar kembali mesej mesej seperti mereka masih dalam ikatan cinta dahulu. Mesej mesej yang mengajak berfantasi. Ketika tidak ada Aman dahulu dia sendiri sering tewas, melayan juga mesej mesej itu. walaupun sudah tiada lagi kasih, tiada lagi nafsu, namun kerana nafsu masih diturutkan. Tapi sekarang dia ada Aman, dia mahu tumpukan pada Aman. Tapi Aman pula masih tidak mahu menalifonnya. Cuma mesej yang sampai bertalu talu.
" hai..dah tak nak cakap dengan I lagi…I tahu You malu…tapi you mahu kan??"
Dia segera mematikan telefon tanpa menjawab apa apa.
Sekali lagi deringan telefon berbunyi. Nombor yang sama. Dibiarkan sahaja di atas meja.
" eh, tadi tertunggu tunggu orang telefon, bila dah telefon tak mahu angkat pula…" tegur ibunya.
" kita tunggu orang lain la ma…orang lain pula yang call…" jawabnya.

            Akhirnya dia meninggalkan pizza di atas meja. Memanjat anak anak tangga menuju biliknya di tingkat atas. Masuk sahaja ke bilik terus dihempaskan badan ke atas katil. Dia terpandang komputer riba yang ada di sisi. Ikon laman sembang menunjukkan mesej mesej yang banyak. Semuanya dari aman. Namun dia nekad tidak mahu membalas. Dia mahu aman menalifon, bukan sekadar membalas mesej sms ataupun di laman sembang. Biarlah dia derita seketika, dia yakin kali ini aman pasti menalifonnya…

*********************************************************************

            Langit sejak petang muram. Awan awan hitam yang membawa air yang dikumpulkan dari serata tempat semakin kelihatan berat. Sesekali guruh menggegarkan langit. Diselangi riuh rendah makhluk spesis amfibia memanggil hujan. Sebaik usai salam kedua di masjid besar kota cahaya, awan tak terbendung lagi air yang dibawa. Lalu turunlah hujan mencurah curah membasahi bumi kota cahaya. Menambahkan lagi dingin malam dengan kesejukan hujan.

            Usai menunaikan sunat sunat sesudah solat, jemaah mula beransur meninggalkan masjid. Yang berkenderaan menumpangkan yang berjalan kaki, agar mereka sama sama dapat pulang dalam keadaan selesa. Rahman masih duduk di atas tangga ketika kawasan luar masjid makin lengang dari jemaah. Van ustaz sulaiman, kenderaan terakhir keluar dari situ berhenti di depan tangga.
" aman, mari naik sekali, lebat gayanya hujan ni, mungkin lambat lagi nak berhenti…" panggil ustaz sulaiman.
" kamu sekali Usop…" sambungnya bila melihat yusof keluar dari pintu masjid.
" terima kasih, takpe pak cik, saya balik dengan aman. Lagipun saya ada bawa paying…" jawab Yusof.
" kalau macam tu tak mengapa lah, pak cik pergi hantar budak budak ni dulu, assalamualaikum…."
"waalaikumussalam…".

            Yusof mendekati Rahman, duduk di sebelahnya di atas anak tangga masjid. Rahman yang asalnya memegang telefon bimbit menyimpannya pula ke dalam kocek. Yusof sedang mencari idea, macam mana hendak memulakan bicara dengan Rahman tentang "Siasatan" adik adik mereka. Inilah masa yang paling sesuai, hanya mereka berdua.

" aik man, dengan aku pun nak sorok sorok ke…" yusof bergurau, membuka bicara.
" heheh mana ada sorok apa apa kau ni..dah tak nak guna simpan la…eh sop, semalam, yang kecoh kecoh tu kenapa? ". seperti pucuk dicita ulam mendatang. Soalan Rahman benar benar memberi ruang kepada yusof untuk memulakan bicara topik sebenar.
" budak budak tu lah…tubuhkan pasukan penyiasat..tu yang malam malam buta masih berkeliaran dekat koridor…"
" menyiasat apa pula….macam macam la dia orang tu…"
" entahlah man, tapi dia orang cerita dekat aku, diorang nak siasat suara misteri yang datang dari tingkat atas..suara yang seperti bercakap dengan seseorang..tapi hanya kedengaran suara seorang…"
Rahman tergelak, menekup mulutnya. Ada ke patut suara dia bertalifon digelar suara misteri. Yusof masih membuat riak muka serius. Dia semakin hampir membuatkan Rahman bercerita hal sebenar.
" kau gelak man? Orang tengah cerita misteri kau ketawa..pelik kau man…"yusof berpura pura tidak tahu.
" misteri apa sop…suara tu, suara aku bercakap telefon…" akhirnya Rahman memberitahu hal sebenar.
" kau ni Man, kesian budak budak tu…" kata yusof. Rahman hanya tergelak, kelakar benar rasanya bila adik adik mereka menganggap suara itu suara misteri.
" tapi man, dia orang ada kata, perbualan itu…antara lelaki dan perempuan… "yusof menyambung.

Rahman yang tadi tergelak tersentak, bicara terakhir Yusof itu membuatkannya terdiam. Ibarat sang pelanduk yang sudah termasuk jerat. Tidak boleh melepaskan diri lagi, kecuali sang pemburu sendiri berbaik hati melepaskan si pelanduk. Mahu menjawab, hendak dijawab dengan jawapan yang betul atau jawapan rekaan.

" aik, tadi gelak…ni dah diam pulak…" Yusof bangun, mencapai payung di tepi tangga, membukanya. Payung yang cukup besar untuk melindungi mereka berdua dari hujan. Rahman tergamam. Dia tidak tahu bagaimana hendak  menjawab bicara yusof tadi. 

*********************************************************************************
 keadaan suspen begini begitu sesuai utk kita menangguhkan sesuatu cerita kan??
...bersambung lagi....

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

ni yg x sabo nunggu episod 11 nih..huhu