Blues KTSL

sedar tak sedar dah dekat setengah tahun kami menguruskan "sekolah" yang kami buka awal januari lalu. pelbagai cabaran terpaksa diharungi dalam memastikan usaha yang diamanahkan ini terus berkesinambungan.

memang hakikat membina sebuah sekolah bukan satu benda yang mudah.
walau hanya sekadar sekolah sessi petang.
banyak urusan perlu dibuat, dari pentadbiran hingga sukatan subjek mata pelajaran. itu belum masuk kewangan.
kami pula memang bukan orang yang berpengalaman.

habis tu kenapa nak buka sekolah? yang sudah biarlah sudah. Aku mahu letak memori silam itu di belakang. apa yang penting sekarang langkah ke hadapan.
mudah mudahan ini bukan rungutan, hanya luahan perasaan
dari berempat kami kini bertiga. tinggal aku, safwan dan taufiq.
lepas ini mungkin kami berdua, kerana taufiq punya impian untuk terus menuntut ilmu..itu tidak boleh dihalang..
pendaftaran yang pernah mencapai jumlah 50 pelajar sekarang hanya jadi satu "kenangan indah"
jumlah puluhan itu kini hanya tinggal berbelas-belas.
itu pun ada yang hanya mampu hadir pada hari-hari yang tertentu dek kepadatan jadual persekolahan pagi yang melarat hingga ke petang.

di sebalik kesusahan itu ada kesenangan.
di sebalik segala ini, hati kami terubat dengan prestasi para pelajar.
yang dulu berterabur mahu mengenal alif ba ta sekarang dah mampu baca iqra 3
seorang pelajar kami sudah berjaya hafaz juzuk 30
begitu juga tangan-tangan yang tak henti menghulurkan infaq
semoga Allah memberkati kalian semua.

apa yang penting, usaha dan ikhtiar perlu terus dilakukan. selepas itu kita berdoa dan bertawakkal.

0 komen: