Ketika cinta Ditalbis- episod 11

pengarang: bilakah agaknya saya dapat menyambung semula mengarang cerita ini..rasanya dua tiga siri lagi "stok" cerita yg saya boleh siarkan di sini akan habis...apa apa pun layan dulu episod ke 11 ini ya...

utk membaca siri ke 10: boleh layari: http://kembara-journey.blogspot.com/2012/03/ketika-cinta-ditalbis-siri-10.html
utk membaca siri pertama: boleh layari: http://kembara-journey.blogspot.com/2009/12/ketika-cinta-ditalbis-siri-1.html
*******************************************************************************

 Ketika Cinta Ditalbis- episod 11
Yusof bagaikan mendapat jawapan sebenar bila Rahman tiba tiba terdiam. Menguatkan lagi cerita udin,talhah,zubair dan nu'man tentang perbualan Rahman dengan perempuan. Budak budak memang tidak pandai berbohong, hendak hendak lagi adik adik yang memang ditarbiyah di sini. Namun biarlah dia bersangka baik, baik pada adik adik, juga pada Rahman.

" salah ke sop,kalau bercakap telefon dengan perempuan…" Rahman memecah kesunyian bicara yang putus, sambil mereka berjalan beriringan.
" tengok tujuan... Kalau hal yang perlu, penting, tidak jadi kesalahan.."
" ha, betul kan, macam ustaz sebut dalam kuliah kan..tapi aku tak jelas sangat. Tentang suara perempuan sama ada dalam telefon atau luar talifon, boleh jadi haram, jika dilunakkan…"
" lunak tu, macam bercakap dengan lenggok suara yang boleh menggoda orang lelaki. Yang membuatkan orang lelaki teringat ingat, jadi rindu….nak dengar selalu…lagi dahsyat, jika suara perempuan tu menimbulkan shahwat lelaki…[1]"

 
" oh macam tu….maknanya timbang taranya..pada kesan suara tu pada yang mendengar lah kan…"
" ha'ah, macam tu lah..tapi benda benda macam ni kena hati hati…elok kita elak aje, kecuali memang perlu sangat.."
" takkan "ustaz" macam kau pun dengar suara perempuan boleh tergoda sop…"
" kau ni man…kan wanita tu antara ujian paling besar untuk orang lelaki. bila kita pakai kopiah, pakai jubah, orang panggil kita ustaz. Bila kita beri tazkirah, ajak orang buat baik, ajak orang tinggal mungkar, orang panggil kita daie. Tapi man, manusia tetap manusia…akan tetap diuji oleh Allah…"
" ujian adalah..tarbiyah dari Allah…adakah kita kan sabar..atau sebaliknya…" Rahman mendedandangkan serangkap nasyid.
" betul.. peringkat umur kita man…ujian perasaan…sesiapa akan melalui peringkat fitrah ini…peringkat yang akan berlaku pertembungan man…antara ilmu dan perasaaan…berjayakah kita mempraktikkan ilmu, sekaligus membawa perasaan kita ke jalan yang betul…"

Rahman mendengar teliti satu persatu apa yang dibicarakan Yusof. Bicara yang umum, namun bagi siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya. Seni dalam dakwah. Pijarnya bicara tadi terasa bagi Rahman.

Sedar tak sedar mereka sudah berada di hadapan Dar aytam. Hujan mulai menunjukkan tanda tanda hendak lebat semula.
 " terima kasih sop, ingatkan aku!!"
" sama sama..ingatan untuk diri aku jugak man…jomlah kita masuk cepat..hujan dah macam nak lebat semula ni.."

Mereka berjalan melalui laluan beratap yang menghubungkan garaj dengan bangunan dar aytam. Rahman terpandang motorsikal milik Safwan di garaj. Mungkin dia menunggu hujan reda sedikit untuk pulang,. Tapi hujan nampaknya semakin lebat. Kalau tak reda, tidur di sinilah Safwan. Lagi bagus. Boleh aku ajak dia berbincang hal aku…detik hati Rahman.

Yusof yang tadi berjalan beriringan telah berada di hadapan, sedang berbual dengan seorang kanak kanak yang juga penghuni Dar Aytam. Selepas memperkatakan sesuatu, yusof memandang ke arah Rahman. " aman, kau naik dulu ya. Aku nak tengok budak demam sekejap dekat bawah ni…"
"okey sop.."

Rahman memanjat anak anak tangga menuju tingkat dua tempat letaknya bilik dia dan teman temannya yang lain. dia memasuki bilik sambil melafazkan salam, yang disahut segera oleh Safwan yang sedang duduk di tepi katil.
" wan, mana yang lain?"
" Bilal dengan min dekat bilik komputer. Yusof tak balik lagi.."
" oh, usop dengan aku tadi. Tapi dia singgah di bawah, ada budak demam katanya. Wan, tidur sini malam ni?"
"  kenapa?? Ada sesi luahan rasa lagi lah ni…"
" hehehe…kalau dah tahu tak mengapa lah…kau tau wan, budak budak ni ingat suara aku bercakap telefon suara misteri…"
" misteri?? Maksud kau??"
" aku selalunya bercakap telefon di tingkat atas. Jadi dia orang ada terdengar. Dia orang syak suara itu suara misteri..siap tubuh pasukan penyiasat lagi…usop yang bagitau aku tadi.."
" habis, usop dah tau hal kau dengan budak tu?"
"tak kot…tapi budak budak tu ada beritahu, suara misteri bercakap dengan perempuan…"
" itulah kau man, kau kerap sangat bergayut telefon…budak budak tu pun perasan…"
" eh, dia orang tak perasan, sebab tu dia orang cakap suara misteri…"
" tapi dia orang dah ada pasukan penyiasat man…"
" aku tukar tempat lah wan…bukan susah cari tempat baru…lagipun semalam dia orang dah kena cekup dengan usop, bilal dengan min..aku rasa dia orang tak menyiasat dah lepas ni.."
" tak payah tukar tukar tempat…berhenti terus…"
" berhenti?? Tapi kenapa wan?"

....kenapa safwan menyuruh rahman berhenti pulak?? kita saksikan dalam episod yg akan datang...
bersambung...

[1]  Suara perempuan dalam telefon

" tidak mengapa suara perempuan melalui telefon, dan tidak ada larangan untuk bercakap melalui telefon. Tetapi tidak boleh seseorang lelaki berseronok seronok dengan suara ini, sehingga dia berlama lama bercakap melalui telefon dengannya kerana ingin berseronok dengan suara ini, kerana ini adalah dilarang..".beliau turut menegaskan, suara wanita melalui telefon, jika bernada lembut dan beralun /dilenggok/dialun/dilunakkan (yg menimbulkan fitnah), walaupun dalam memberitahu sesuatu berita, atau berfatwa atas satu masalah, ia tetap menjadi haram…"-mausu'ah ahkam an-nisa'-al-libaas wa az-ziinah-muhammad bin Riyadh al-ahmad, terbitan alam al-kutub, Beirut, cetakan pertama, m/s 143.


Seorang perempuan boleh menjawab panggilan telefon berdasarkan  keperluan, sama ada dia yang memulakan panggilan atau dia yang mengangkat, jika keadaan memerlukan, dan mendatangkan faedah. Tetapi perempuan hendaklah menjaga suuaranya jangan dilenggok/dialun/dilunakkan dan daripada apa jua yang boleh menyebabkan shahwat pada salah seorang daripada mereka. Dan yg paling utama bagi sheikh ialah meninggalkan perbuatan ini melainkan pada masa2 yg sangat penting sahaja.

hukum bercakap melalui telefon atau alat alat seumpamanya berkait rapat dengan hukum suara perempuan. ketika mensyarahkan hadis tentang janji setia para wanita muslimah dengan nabi, yg dibuat melalui suara/percakapan, bukan bersalaman dengan tangan seperti janji setia muslimin, imam Ibnu hajar al-asqalani  dan imam an-nawawi, membuat kesimpulan bahawa asal suara wanita itu bukanlah aurat. Akan tetapi apabila wanita mengeluakan suaranya dengan alunan, mendayu ataupun apa apa lenggok suara yang boleh mengasyikkan lelaki bukan mahram atau menimbulkan fitnah, ianya adalah dilarang sama sekali. Dan ini dipersetujui dan disepakati imam empat mazhab.
(ibn hajar, fath bari, kitab ahkam, bab bai'atu an0nisa,j13, ms203-204, serta an-nawawi, syarh sahih muslim, kitab al-imarah, bab kaifiah baiah an-nisa', j13,ms10.lihat juga abd karim zaidan, al-mufassal, j3, ms277)

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

bile episod seterusnye