KETIKA MENANTI EXAM EXAM TERAKHIR, HATI KITA BUKAN MAIN SERONOK. KADANG2 SAMPAI X BOLEH NAK KONSENTERET DAH EXAM YG LAST TU...BILA EXAM ABIS MAKA SATU PERKATAAN YG SELALU DISEBUT SEBUT: MERDEKA!!HUHUHU
BILA MENJELANG HARI KEPUTUSAN DIUMUMKAN, MAKA HATI BERDEBAR DEBAR SEMULA. APALAH KEPUTUSAN YG DIPEROLEHI....
____________________________________________________________________________________
ALHAMDULILLAH....SYUKUR KE HADRAT ALLAH YANG SEKALI LAGI MERAHMATI HAMBANYA DENGAN RAHMAT YG X TERHINGGA...TINGGAL DUA MADAH LAGI UTK DISEMPURNAKAN, BESERTA THESIS. TERIMA KASIH BUAT SEMUA GURU2 DAN TEMAN TEMAN YG BYK MEMBANTU DLM MENGHARUNG KEMBARA KEHIDUPAN SBG SEORANG TOLIB AL-ILM...
BIARPUN DALAM PERINGKAT SARJANA INI TIDAK SERUPA DENGAN PERINGKAT SARJANA MUDA, DARI CARA BELAJAR, PERIKSA SEHINGGALAH KEPUTUSAN EXAM, KUPANJATKAN SETINGGI KESYUKURAN BUATMU WAHAI TUHANKU YG ESA...SEMOGA RAHMATMU TERUS BERCUCURAN KE ATAS DIRI YG AMAT LEMAH INI..AMIN...
4.03PM-29/4/09
petang tadi selepas follow ayahanda ke bandar raub, kami meneruskan perjalanan ke bandar benta pulak. tujuannya nak mencari anak ayam kampung untuk projek agro terbaru.
kami tiba di bandar benta ketika azan asar berkumandang. jadi singgah di masjid bandar benta untuk solat berjemaah, usai solat kami menuju ke kedai binatang di bandar benta, kedai ni kiranya yg paling dekat dan mirip petshop2 di kl..ada jual mcm2..especially burung dan ikan la..tapi benda yg aku nak cari tu dah habis stok..tinggal seekor je anak ayam kampung..jadi aku kensel sajalah...
tiba2 ayahanda berminat nak beli itik pulak...bila dah beli mesti aku la tukang urusnya heheh sebab akulah gembala ternakan di teratak ayahanda..jadi belilah juga...itik ni itik telur..x silap aku itik peking...kaler putih punya..sekor jantan dua betina...
sampai rumah terus lepaskan dalam minifarm aku la...mujur itik ni x banyak ragam sangat x mcm bela ayam..x payah lampu/pelita...seronok juga tgk gelagat anak itik...rupanya itik ni jauh lebih aktif dr ayam..
okla kalau nak baca lagi tentang itik baca dekat epetscorner, sebab itu blog khusus utk minifarm..
12.35a.m-29/4-09
cerita sikit pasal perkembangan diri sendiri..sedar x sedar dah masuk ke penghujung bulan april..maknanya nak dekat sebulan berlalu sejak last day imtihan nihai utk semester kedua aku..panjang lagi masanya utk sampai ke bulan 7 di mana semester baru bermula...
buku buku yg dibeli di pesta buku dah pun dikhatamkan...lapang2 masa yg x tau nak diisi apa...mulala online...mentang2 la ada streamyx heheh..
kuliah versi cuti semester
rutin berjalan seperti biasa...setakat ni belum dapat hari dan masa sesuai utk kuliah khas sempena aku bercuti...fikiranku berat utk buka fiqh mu'asirah kali ini..tetapi belum dapat masa sesuai. aku perlu cari malam ganti utk kelas tahsin dan tafsir al-quran terlebih dahulu, sebab aku dah ambik keputusan utk hadir semula usrah, yg bertembung dengan kelas tafsir tahsin. malam yg kosong di masjid malam jumaat, yg sebelum ni berpotensi utk diadakan kuliah khas, tapi mungkin malam jumaat akan mengganti tahsin dan tafsir...sekarang hanya tinggal malam sabtu, itupun bergilir dengan imam 1 punya kuliah akidah.
penternakan
sekarang sedang menjalankan projek arnab. tiga anak arnab sedang menunggu proses cerai susu, empat ekor sedang menunggu proses matang. projek arnab agak lambat berjalan, x seperti projek ayam. bela ayam sebulan lebih sikit dah boleh dipasarkan.
memang hajat nak bela ayam, tapi tengah fikir kos dulu. reban pun semuanya penuh sekarang dgn arnab2.cuti tiga bulan mcm ni rugi kalo x dapat buat sekurang2nya satu betch ayam.
yg berjalan rancak projek puyuh telur. hasil alhamdulillah dapat dituai setiap minggu. bagaikan sudah berkontrak dengan imam 2 yg menjual bakso dgn ramuannya telur puyuh.semuanya dipasarkan kepadanya.
thesis
ha..yg ni betul2 aku x gerakkan lagi...tajuk dah ada...isinya tu la..hajatnya sem 3 nanti walaupun x ambik nak turun juga ke uia uruskan pasal thesis...tgk gayanya dgn keadaan pengurusan bab ni skrg..entah la heheheh :)
kalian doa doakanlah diri ini ya...agar segala perancangan diizinkan Allah penyempurnaaan dan perlaksanaannya...
ilalliqo'
11.02pm-27-4-09

Bahaya Demokrasi Tanpa Prinsip Wahyu
Disiarkan pada Apr 26, 2009 dalam kategori Politik |
Demokrasi itu hampir menjadi agama kepada sesetengah pihak. Bahkan ada pihak yang meletakkan demokrasi lebih tinggi daripada prinsip-prinsip yang ada dalam agamanya. Sehingga jika kita menyebut bahawa tindakannya itu bercanggah dengan prinsip agama, dia akan menyatakan “saya kena patuh kepada kehendak demokrasi”.
Walaupun sebenarnya demokrasi dalam banyak keadaan mempunyai tafsiran yang berbagai, tetapi jika semuanya itu dirumuskan ia merujuk kepada kepatuhan pemerintah kepada kuasa atau suara majoriti rakyat. Di samping demokrasi juga menyebut tentang menghormati hak-hak minoriti.
‘Kerajaan rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat’, demikian antara slogan-slogan demokrasi yang dianggap indah. Tanpa sebarang syak demokrasi adalah sistem pemerintahan yang terbaik dibandingkan pemerintah autokrasi yang menjadikan kuasa berada di tangan seorang individu tanpa memperdulikan perasaan dan kehendak rakyat.
Di negara-negara yang dicengkami oleh pemerintahan ‘kuku besi’, demokrasi menjadi igauan rakyatnya. Mereka memuja demokrasi sebagaimana seseorang memuja agama. Bahkan mereka sanggup dipenjara atau mati kerananya. Walaupun dalam ajaran demokrasi tiada bab syurga atau neraka selepas kematian, tetapi kehendak insani terhadap kebebasan rakyat dan keadilan yang kelihatan selaras dengan slogan yang dikibarkan oleh bendera demokrasi membawa manusia sanggup berkorban kerananya.
Betapa ramai para pejuang demokrasi yang terkorban tanpa sempat melihat ‘suara majoriti’ menguasai negaranya. Betapa ramai yang mati dalam tahanan tanpa sempat melihat ‘kerajaan rakyat’ yang diidamkannya. Namun, tanpa berbekalkan nas-nas tentang ‘jihad dan syahid’, mereka sanggup dan rela. Sebabnya, keadilan itu selaras dengan naluri insani yang dibekalkan oleh Tuhan dalam fitrah insan. Demokrasi kelihatan menempatkan fitrah ini dalam sistemnya.
Namun dalam Dunia Islam sepatutnya tidak perlu mengagungkan demokrasi. Umat Islam telah dibekalkan oleh Islam dengan sistem syura yang adil dan berteraskan prinsip yang diredhai Allah. Malangnya para pemerintah Dunia Islam meminggirkan ‘Sistem Syura’ sehingga umat Islam jahil mengenainya, dalam masa yang sama slogan demokrasi yang dilaungkan Barat berkumandang di dunia. Melaluinya, Barat cuba menyebarkan pengaruh politik. Maka slogan demokrasi pun bergema di Dunia Islam sebagai satu impian rakyat.
Apatah lagi para pemerintah Dunia Islam ramai yang zalim dan kejam, maka bertambah suburlah kerinduan rakyat di Dunia Islam kepada kebebasan bersuara, hak dan keadilan, lalu dipinjam slogan yang Barat gunakan iaitu demokrasi. Lebih daripada itu, Barat berjaya membuktikan secara realitinya bagaimana kekebasan bersuara dan penghormatan kepada suara ramai dihayati dalam negara mereka.
Maka Barat seakan menjadi ‘Kiblat Politik’ dalam mengecapi hak dan kebebasan. Akhirnya Barat itu dianggap teladan dalam segala perkara yang negatif dan positif; sehingga kepada soalan yang berkaitan agama dan budaya. Ini semua berlaku dek kedurjanaan para pemerintah umat Islam itu sendiri yang merampas kebebasan rakyat sehingga mereka hilang panduan.
Ada yang menyebut bahawa ‘syura dan demokrasi’ namanya sahaja yang berbeza, tetapi maksudnya sama. Saya tidak mahu berbalah tentang istilah, kerana setiap orang berhak mempunyai kefahamannya yang tersendiri terhadap istilah yang dia pakai. Apa yang penting apakah prinsip yang dipegang, bukan jenama yang dipakai.
Prinsip-prinsip syura tulen berteraskan nas-nas wahyu, sementara prinsip-prinsip demokrasi berdasarkan pemikiran manusia. Walaupun mungkin banyak perkara secara umumnya demokrasi tidak bercanggah dengan Islam kerana asas pemerintahan dalam Islam itu sendiri adalah keadilan untuk rakyat berpandukan syariat Islami. Namun ada perbezaan antara demokrasi dan prinsip syura dalam Islam.
Dalam sistem syura Islam; suara ramai dihormati, demikian hak individu rakyat juga dipelihara. Dalam masa yang sama Islam mempunyai prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi iaitu syariat Islam yang diturunkan Allah untuk kebaikan manusia. Jika suara ramai itu bercanggah dengan syariat Allah, sistem syura akan berpegang kepada syariat dan tidak akan menghalalkan yang haram atas nama ‘suara ramai’. Misalnya, jika kehendak rakyat ‘menghalalkan arak atau judi, atau zina, atau homoseksual maka kerajaan yang berteraskan demokrasi perlu menghormatinya.
Sementara dalam sistem syura, pemerintah berpegang kepada wahyu; maka kehendak ramai yang bercanggah dengan wahyu tidak dapat diterima. Bahkan menjadi tanggungjawab pemerintah mendidik rakyat dengan ajaran Allah agar mereka terbimbing dan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Suara ramai memang dihormati tetapi ia bukan semestinya sentiasa betul. Jika suara ramai ingin menghalal yang salah, kita tidak bersetuju dengannya.
Firman Allah: (maksudnya) :
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.(surah al-An’am:116-117)
Di peti undi pilihanraya, undi seorang ilmuwan besar yang sarat dengan analisa dan kajian tiada beza nilainya dengan undi seorang yang tiada pelajaran dan mengundi secara suka-suka tanpa fikir. Jika masyarakat dipenuhi oleh majoriti mereka yang mahu perkara-perkara negatif, demokrasi terpaksa menerima sedangkan sistem syura tidak. Bahkan tanggungjawab pemerintah ketika itu melaksanakan apa yang Allah sebut: (maksudnya):
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 41).
Pemerintahan berjiwa ‘syura islami’ akan menerapkan hubungan perasaan dengan Allah yang memberikan amanah kuasa pemerintahan kepadanya untuk memerintah dengan adil. Pegangan pemerintah adalah Islam dan keadilannya untuk rakyat. Bukan pemerintah berpegang kepada rakyat dan cuba memberi keputusan kepada agama. Politik demokrasi jika tidak dikawal akan menempatkan suara ramai menggantikan wahyu.
Siang malam yang diimpikan oleh pemerintah adalah undi rakyat bagi memungkin mereka terus berkuasa kerana kuasa dilihat sebagai amanah rakyat semata, bukan amanah Allah. Demikian pihak pembangkang yang partinya beriman penuh kepada prinsip demokrasi akan melakukan apa sahaja demi mendapat sokongan rakyat. Akhirnya lahirlah politik wang, jatuh-menjatuh demi mendapatkan undi, menggadaikan prinsip perjuangan kerana undi dan berbagai lagi. Sehingga yang berslogan Islam pun, menukar pegangan demi pengundi atau berdiam diri terhadap kemunkaran pengundinya.
Di Malaysia, kita akan melihat satu demi satu prinsip-prinsip Islam terpinggir dalam kegilaan mendapatkan sokongan rakyat atau memenangi peti. Pihak yang memakai jenama ‘Islam’ juga akan mendiamkan diri, jika dilihat membela prinsip-prinsip itu merugikan undi mereka. Itulah buruknya demokrasi yang berteraskan suara rakyat, tanpa berpaksikan wahyu.
Saya tidak bertujuan mencadangkan agar ditukarkan nama demokrasi kepada syura. Apa yang ingin saya sebut, sebagai seorang muslim apa pun sistem yang diguna namanya, atau terpaksa kita berinteraksi dengannya, kita hendaklah sentiasa berpaksikan wahyu. Perlu ada acuan prinsip kita yang tersendiri. Jika pun tidak mampu menukar, nama demokrasi itu mungkin boleh dipakai, tetapi prinsip seorang muslim hendaklah sistem syura yang berasaskan tanggungjawab pemerintah di hadapan Allah.
Jika tidak, demokrasi akan mengorbankan prinsip Islam dan menjadikan pemerintah dan pembangkang hilang idealisma tenggelam dalam kehendak ramai yang pada hari dipengaruhi berbagai-bagai kehendak globalisasi. Hingga pemerintah dan pembangkang itu akhirnya mengikut kehendak rakyat bukan mendidik dan membimbing rakyat. Maka rosaklah negara.
http://drmaza.com/home/?p=591#more-591
novel ini baru dilancarkan siang tadi di PWTC,.
karya Tuan Sabariah dengan touch up anak perempuan kepada s/u suaminya, annual bakri ini menceritakan tentang seorang wanita di sebalik ketokohan seorang ulama merangkap pemimpin sebuah gerakan islam, jua sebuah negeri- Tuan guru nik abd aziz nik mat.
ceritanya bermula dari detik2 penjodohan mereka berdua, kemudian diselangi peristiwa peristiwa penting yg berlaku, seperti keadaan ktk mula2 tok guru melangkah ke arena politik, ketika beliau jd MB, keadaan mereka ketika anak ditahan ISA dan dibebaskan. terdapt juga petua petua rumahtangga yg diperturunkan oleh tuan sabariah dlm novel kecil ini.
novel ini tidak seperti novel2 lain., ia bukan sekadar cerita sebuah kisah benar, tetapi diselit -dengan kerap sekali- dengan ayat suci, hadis,kata2 ulama dan ilmuan berkaitan sesuatu peristiwa. bagi yang kurang biasa membaca atau berat membaca buku2 ilmiah, mungkin novel ini dlm beberapa ketika mampu menimbulkan kebosanan mungkin!!
garapan cerita tidaklah seperti novel2 cinta islami yg terkadang menimbulkan rasa ingin bercinta pula di hati pembaca, bagi saya ia tidak membawa kita berkhayal. isteri2 para pendakwah,pejuang gerakan sesuai membaca novel ini untuk memahami dan mengerti perjuangan suami, agar tidak lagi merungut jika suami jarang di rumah!! :)
habis satu buku...menunggu masa sesuai untuk membaca buku2 seterusnya yg baru saya beli di KL IBF09 jumaat lalu...
19-04-09, 11.48pm
Mari kita soroti beberapa candid shot yg sempat saya curi curi rakamkan dengan e-touch D21 saya hehehe
kiri&tengah: suasana di awal muktamar, para pimpinan dan tetamu duduk di depan. muktamar dirasmikan oleh hj muohd sabu pd malam sebelumnya. (Kanan)sticker khas rekaan s/u ditampal pada baju, bezakan perwakilan,pemerhati dan ajk
bekas YDP sesi lepas sedang tekun meneliti sesuatu(kiri), ucapan terakhir sbg YDP sebelum mengundurkan diri (kanan)
(kiri)ustaz roslan wakil perhubungan negeri menerangkan tentang skim takaful (kanan) dr hamzah, juga wakil perhubungan negeri bersemangat menggulung ucapan penutup
vateran vateran dalam jamaah (kiri) we Talib, (kanan) tuan guru hj fathul ariffin- pemegang ketua urusan ulama sehingga pemegang baru dilantik
wajah wajah perwakilan yg khusyuk mendengar sepanjang muktamar
air tasnim- air gau yg menjadi minuman rasmi setiap kali program termasuk muktamar
19-04-09, 11.15pm

saya mengambil bas ke lrt putra, jam 2.27ptg saya sudah berada di stesyen lrt terminal putra gombak. setelah menaiki lrt ke stesyen masjid jamek, dan transit ke star, kira kira pukul 3.14 ptg saya tiba di stesyen LRT star PWTC. ramai juga yang satu haluan dgn saya rupanya untuk ke pwtc.
Insan insan yang....
sampai di luar dewan pameran, agakan saya betul. seperti pesta2 buku yg lepas, keadaannya sama.telah ada insan insan di luar yang memegang buku buku, meminta kita beramal dengan bersedekah, ganjarannya diberi buku. saya bukanlah tidak berkenan dengan usaha mereka menggalakkan kita beramal, tapi kadang2 mcm mendesak.
di dalam sana nanti mesti ada promoter2 yg juga sedikit sebanyak mengganggu kekhusyukan kita mahu membeli bahan bahan ilmu ni..kdg2 makhluk2 Allah mcm ni mcm x reti bahasa..dah org tak nak tak nak la...ni tidak...mengekori kita sampai x selesa dibuatnya...dari awal mesti saya merancang tak mahu lalu dekat mereka2 ini..tapi mereka ni pandai pilih lorong2....yg menyebabkan kita mesti kena lalu kalau nak mengunjungi semua gerai..isk3x..
nak marah2 pun x boleh jugak...masing masing cari rezeki...ada keluarga untuk diberi nafkah...tp sedikit sebanyak bila mereka masih mendesak sedangkan kita sudah menolak dgn baik, terus terang saya katakan ia gangguan bagi saya...
booth Synergy media
kita lupakanlah insan insan tu..dari satu gerai ke satu gerai..satu dewan ke satu dewan saya meninjau bahan bahan pameran..saya mencari booth Synergy media..yg saya masih ingat tahun lalu saya hampir tidak menemuinya...sehingga saya merujuk pada senarai syarikat dan no gerai yg ditampal di satu ruangan dinding..
kenapa synergy media? saya sebenarnya mencari buku buku utk melengkapkan koleksi bahan pengetahuan tentang haiwan haiwan peliharaan/ternakan.. buku synergy media yg mula mula saya beli ialah buku tentang panduan memelihara hamster..selepas itu pada pesta buku tahun lepas saya membeli buku pemeliharaan ayam kampung dan puyuh..tahun ini saya ingin menambah koleksi, penternakan arnab. sebab itu booth synergy media yg pertama saya cari.
booth Majlis penulisan ilmiah malaysia
ketika mencari booth synergy media, saya berhenti sekejap di booth majlis penulisan ilmiah malaysia, yg di bawahnya ada buku2 terbitan universiti dan agensi2 kerajaan seperti Mardi. saya berhenti di bahagian mardi bila terlihat buku penternakan. dan ada pula buku penternakan arnab. lalu setelah saya membelek isi kandungan dan berpuas hati, saya membelinya, buku pertama saya beli pada pesta kali ini.
berjumpa booth S.A Majid & Co

tak lama selepas itu, saya berjumpa booth synergy media, walaupun x ditulis synergy media. ia milik S.a majid and Co.. synergy media ni bagus, byk keluarkan buku2 bermutu, yg setanding dgn buku2 import...cthnya buku kanak2 mcm fun with papers, origami, dan buku2 bergambar yg lain..gambarnya nampak bermutu la x mcm sesetengah buku kanak2 yg mcm asal siap je..
tapi satu ciri synergy media yg saya amat kagum siri buku2 berkaitan hobi seperti masakan, penanaman sayur/buah, penternakan dan pemeliharaan haiwan,ubat ubatan dan sebagainya. bagi saya ini satu keperluan, sebab sebelum ini sy lihat buku2 sebegini hanya ada dlm bahasa lain.
saya lihat ada siri baru keluaran syarikat ini, iaitu siri agro, siri industri kecil...tapi saya semak semak x ada pula buku baru tu yg berkaitan arnab..yg ada berkaitan puyuh, ayam..yg saya kira tak perlu dibeli lagi kerana keluaran syarikat sama, jadi isinya lebih kurang sama dgn yg sudah saya beli...jadi saya hanya membeli satu buku dari sini..buku penternakan arnab..
rasa nak balik...
selepas mendapat kedua dua buku tadi, saya rasa tujuan saya ke sini dah tercapai. rasa macam nak balik terus ke uia. tapi saya terpikir jugak. takkan pergi pesta buku beli buku arnab je. lagipun pesta buku bukan ada tiap2 bulan..saya pulak lepas ni mgkin x turun lagi ke KL sepanjang tempoh ia berlangsung...jadi saya ambil keputusan untuk ronda2...cari buku2 lain pulak...
booth karangkraf
antara booth yg besar dan luas booth karangkraf, sebab ia memuatkan mcm2 jenis bacaan..dari umum ke hiburan ke agama. selalunya saya akan beli majalah i dan beberapa koleksi buku agama yg karangkraf gelarkan koleksi kitab...saya menjenguk koleksi kitab...buku2 yg ada kelihatan sama saja dgn yg saya lihat di sini pada pesta buku yg lepas...ada buku2 kecil yg baru pulak dibungkus dijual secara banyak bercampur dgn buku2 yg setengahnya sudah saya miliki..nampaknya x adalah duit saya laburkan di sini utk pesta buku kali ini...
saya melalui hampir kesemua booth...dan berhenti di booth2 yg saya rasa pamerannya menarik hati saya..seperti booth inteam records, telaga biru, galeri ilmu, fajar ulung dan beberapa booth kitab arab...tapi saya x beli pun sekadar belek..baca sikit2 dan tengok...ada hajat nak membeli kitab sebenarnya, tapi terfikir pula kitab2 e book- turath dan mu'asirah yg x habis2 lagi dibaca dlm laptop heheh..
budaya membaca masyarakat
dlm pada tu saya dpt lihat budaya membaca masyarakat kita...majoriti lebih berminat pada bahan bahan seperti novel, komik, majalah2 hiburan..lihatlah booth2 yg ada bacaan ini, ramai yg memenuhinya jika dibanding dgn booth2 bahan2 bacaan ilmiah...emm..hingga dalam bas yg balik ek uia td pun saya lihat saudari2 yg sehaluan dgn saya pulang dr pwtc menjinjing beg M.O.Y, syarikat penerbitan ujang,apo dan seumpamanya
(p/s: emm..takpe la kot..janji korang suka membaca hehehe)
seterusnya...
saya melihat jam pada handset...sudah pukul 4.30..masuk asar...saya mengambil keputusan utk solat dahulu sblm menyambung perjalanan..
usai solat, saya turun semula ke tingkat satu. saya terlihat poster besar tuan guru nik aziz. saya tertarik mendekati booth tersebut. sebelum sampai, saya singgah di booth bersebelahan nya iaitu booth yg menjual kaset2 nasyid, rasanya ada kaitan dgn inteam records. di situ pun saya hanya mengusya usya sahaja..kalo saya masih gila nasyid sudah tentu saya memborong kaset2 nasyid seperti seorg ikhwan yg saya lihat...duit tgh ada la katakan hehehe
slps itu barulah saya ke gerai berposter tok guru. anbara namanya kalo x silap. kebetulan saya baru membaca artikel ustaz mazli pagi td tentang tajdid tuan guru, dan melihat catatan ttg novel tulisan isteri tuan guru yg saya jumpa di booth ini.. booth ni menjual buku2 tulisan dan berkaitan tok guru nik aziz...sebelum ni saya pernah jumpa booth khusus jual buku sheikh qaradhawi..sheikh sya'rawi...tahun ni tuan guru nik aziz pulak..
.png)
mungkin dek terpengaruh dengan artikel ustaz maszlee hehehe saya memilih utk membeli dua buku dr booth tok guru tadi... novel berjudul " bidadari dari timur" karya datin tuan sabariah dan buku tok guru berjudul "Kemuncup dalam perjuangan"( dah lama x baca buku2 pasal perjuangan dlm gerakan..kali ni beli satu)
sebelum sumbang, saya sempat singgah di sebuah gerai lagi membeli buku kecil, berbahasa arab yg berjudul..tanggungjawab pendidikan seks dalam islam...penting ni utk kita lihat dr persepsi islam..
banyak juga buku yg saya beli kali ini...rasanya dekat separuh elaun bulan lepas saya habiskan...x pelah..utk ilmu yg bermanfaat insya allah..
pulang ke UIA

kira2 jam 5.15pm saya keluar dari dewan pwtc..menuju ke stesen lrt..agak lama menunggu terutama di stesen putra msjd jamek...waktu org pulang kerja...kira kira pukul 7.03pm saya selamat sampai ke UIAM gombak
catatan hari ini- jumaat 17-4-09
12.22a.m-18-4-09
Kau Sahabat Kau Teman
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati
mendengar bait bait di atas benar2 membuatkan saya kembali sebak...teringatkan sahabat seperjuangan, Ahmad syukri bin Abd Kadir...yg pergi tak kembali lagi ke dunia fana ini dalam usia yg hanya setahun lebih dari umur saya...bayyi (panggilan mesra kami padanya) telah pergi pada malam hari Isnin yg lalu...setelah diuji Allah Ta;ala dengan penyakit ketumbuhan dalam otaknya....
dia seorg yg ceria, periang, sentiasa membuatkan kami mengukir senyuman. digandingkan pula dgn shbt karib saya ustz hanafi masri, memang meriah suasana. tapi semuanya kini hanya nostalgia...hanafi yg bermotokan " ketenangan adalah kemenangan pertama" itu, memang sukar sekali menghilangkan sebaknya sejak bayyi pergi...
saya mula mengenal arwah semasa di matriks..kami satu halaqah uia..hanya berpisah halaqah bila arwah dilantik menjadi naqib dan meninggalkan halaqah kami..kemudian saya bersama sama arwah dan rakan rakan yg lain berjuang dalam gerakan islam di matriks..
biarpun saya tidak begitu aktif lagi-tidak sehebat arwah- setelah ke kampus gombak, ukhuwah kami berterusan, rapat seperti sebelumnya. arwah terlalu rapat dengan hanafi, dan saya begitu rapat dengan hanafi, mungkin itu memberi kesan pada ukhuwah kami...
saya ,masih ingat gurauan saya tidak mahu mengundi, bila arwah bertanya dah mengundi atau belum pilihanraya kampus. pertama kali saya lihat arwah tegas menasihati...yg akhirnya saya akur dan mengaku hanya bergurau, dan sudahpun memangkah...
memori bersama arwah terus terpahat di dalam ingatan....semoga bayyi ditempatkan bersama sama dengan golongan solihin dan muttaqin...amin ya rabbal alamiin...
11.07pm-17-04-09
"apa yg ada, jarang disyukuri..apa yg tiada sering dirisaukan...nikmat yg
dikecap..barukan terasa...bila hilang apa yg diburu... timbul rasa jemu, bila
sudah di dalam genggaman..."
tepat sekali gambaran dunia dalam bait bait di atas...jelas dpt dilihat dalam hidup sehari hari...
masa
24 jam, itulah waktu sehari semalam yg dinikmati sejak lahir. tapi waktu yg sama itu jadi berbeda dengan keadaan keadaan yg ada...terkadang waktu itu cepat benar terasa berlalu di saat2 kita memerlukannya lambat berlalu..time kita nak ia cepat2 berlalu...kita ibarat melihat pada jarum jam..menghabiskan detik saat demi saat...
dalam masa yg cepat berlalu itulah mcm2 benda yg terlintas hendak dibuat...mcm2 idea datang...bila keadaan lapang semula...mula la menjelma rasa boring..x da apa nak buat?...mcm2 la lagi
internet

kadang kadang terasa pelik dengan diri sendiri...sewaktu di rumah, yg kita kena bergilir2 main internet dengan ahli keluarga yg lain...masa tu rasa je nak main internet lama lama...nak main internet banyak kali dalam sehari...byk je rasa benda yg nak dibaca, nak didownload..dan nak di mcm2 lagi la....
tapi bila peluang utk melayari internet itu terbuka, tak da sape2 nak menghad2kan atau melarang...cth wireless di uia, time2 cuti mcm ni...rasa x tau apa nak tgk, cari dan download pulak dah....kwn2 yg nak dicahtting pun x de time2 mase utk chatting ada mcm ni hehehe...
time ada kelas, time musim exam...semangat gile nak online...sanggup bahagi masa secukupnya...berapa jam stady brapa jam online hehehe..time free of charge mcm ni....mcm x de mood pun bleh ckp gak la utk main internet ni...
itulah dua gambaran nikmat...dan refleksi aku sendiri terhadap nikmat...yg nyata membenarkan bait bait tadi...hakikat insan dlm berinteraksi dgn nikmat...
Ya Allah, aku berlindung dari menjadi golongan yg mengkufuri nikmatMu...
10.36pm-16-4-09
Secara umumnya, ia menyentuh tentang satu proses bergelar islamisasi- islamization, yang mahu dilakukan ke atas ilmu imu dan kesarjanaan. Antara nama nama yg anda akan dan selalu temui dalam pembincangan subjek ini- naquib al-attas, ismail al-faruqi, fazlurrahman, Muhammad iqbal hinggalah tokoh tokoh gerakan seperti abu a'la al-maududi dan syed Qutub.
Ilmu sepatutnya mendatangkan manfaat akhirnya bertindak sebagai satu ancaman. pendokong2 islamisasi mahu mengembalikan ilmu kepada ketulenan asalnya, dengan cara memisahkan falsafah2 yg merosakkan itu daripada ilmu, mengembalikan ilmu kepada asalnya- sebelum ia di"baratkan", mengembalikan ilmu kepada asas yang ditetapkan Islam, kerana memang pada asalnya semua ilmu datang dari Allah Ta'ala.
Setakat itu ideanya diterima umum. Memang bagus. Mengembalikan kembali era kesarjanaan tamadun islam lampau, kejuruteraan, astronomi, perubatan, segala jenis sains, diterajui sarjana sarjana dan ilmuan ilmuan muslim.
Ilmu apa yang patut di islamisasi?
Setengah orang menjawab- ilmu berkaitan sains
Ada yang menjawab- ilmu sains kemanusiaan
Dan ada juga menjawab- semua jenis ilmu perlukan proses Islamisasi!!
Jika semua ilmu perlukan islamisasi, termasuklah ilmu yang kita sebut sebagai ilmu agama- religious knowledge- seperti tafsir, fiqh,hadis, aqidah,usul fiqh…
Ya, ia disebut pembinaan semula (reconstruction) , atau proses penghidupan semula (revival).
Di sinilah bermula ke"confiusan" kami di dalam kelas….perlukah ianya diislamisasi..
Ilmu agama yg sememangnya Islam itu perlukah diislamisasi?
Kenapa ia perlu di"islamisasi"
Semasa kelas terakhir untuk subjek ini, disebabkan beliau masih mendapati sebahagian besar kami masih meragui perlunya proses islamisasi terhadap ilmu agama, dia telah mengemukakan hujah hujah sebagai bukti memperkukuhkan dakwaan ini, dan meminta kami menelitinya betul betul. ( dan tajuk ini naik sebagai salah satu soalan dalam pepriksaan akhir J).
· Ilmu agama adalah sebahagian daripada sains kemanusiaan, kerana ia dibangunkan oleh manusia, berbeza dengan al-quran dan as-sunnah, kedua duanya wahyu.
· Hanyalah wahyu yang tidak boleh diubah ubah, adapaun apa yang dibangunkan oleh manusia, ianya terdedah kepada perubahan.
· Asas ilmu agama adalah wahyu, akan tetapi kefahaman terhadap wahyu itu datang daripada manusia, jadi ia terdedah untuk dikaji semula.
· Ilmu ilmu agama dibangunkan oleh para ulama silam berdasarkan cabaran yang mereka hadapi di zaman mereka, dan cabaran setiap zaman itu tidak semuanya sama, ada bezanya. Cabaran baru mungkin wujud di zaman kita, dan ia memerlukan pada pembaharuan.
· Dahulu, Semua ilmu agama yang berasakan wahyu merupakan sumber pembangunan kepimpinan yg dinamik, juga sumber pembangunan para ilmuan yang membimbing masyarakat ke jalan yg lurus. Akan tetapi pada hari ini status tersebut telah hilang, ia tidak berjaya mencipta satu personality yg dinamik, walaupun ia didakwa berasaskan wahyu.
· Graduan graduan lulusan agama sepatutnya menjadi benteng ilmu dan hikmah daripada wahyu, bersikap dinamik, dan mampu memimpin masyarakat moden yang kompleks ke arah jalan yang lurus dan pembangunan, mereka sepatutnya berani dan yakin untuk memimpin masyarakat moden. Namun sebaliknya, secara umum mereka dianggap punca kepada kemunduran masyarakat Islam.
· Adakah dunia akan mencapai pembangunan yg sebenar, dan kebahagiaan yang hakiki, jika ia tidak dipimpin oleh seseorang yang memiliki ilmu dan hikmah berteraskan wahyu?
· Istilah ilmu agama itu sendiri wajar dikaji semula.
i. seolah olah menggambarkan agama itu sesuatu yang dipisahkan daripada kehidupan dunia
ii. Ilmu agama merupakan salah satu cabang sains kemanusiaan kerana ia berkait rapat dengan banyak benda dalam kehidupan masyarakat manusia
iii. Kenapa UIAM ketika membuka kuliah khas untuk ilmu agama tidak menamakannya kuliah ilmu agama, kuliah syariah, tetapi menamakannya kuliah ilmu wahyu dan warisan islam. Wujud kesangsian terhadap penggunaan istilah ilmu agama
iv. Bukankah semua jenis ilmu itu wajib ke atas setiap muslim mengikut kemampuan mereka? Kenapa sebahagiannya dikategorikan sebagai fardhu ain, dan selebihnya fardhu kifayah?
Demikian sebahagian besar hujah hujah untuk kita semua teliti dan fikirkan kerasioanalannya..
Islamisasi dan Tajdid
Kalau saya mahu menerima islamisasi ilmu agama, asas utama yg mungkin jadi kekuatannya ialah dalam sebahagian hal, ia kelihatan sejalur dengan aliran tajdid, mahu mengembalikan Islam kepada asalnya, seperti yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w, Islam yg benar benar berteraskan wahyu.
Kalau pembaharuan yang dimaksudkan islamisasi itu seperti pembaharuan yg dibawa para mujaddid seperti al-imam as-syafi'I, al-imam al-ghazali, dan al-imam ibn taimiyah serta ibn qayyim, secara peribadinya saya menerima.
Sebab itu bagi saya Islamisasi ilmu agama perlu bersyarat. Libatkan pakar pakar dalam bidang itu sendiri. Bukanlah kerja seorang pemikir Islam semata untuk memperbaharui prinsip prinsip tafsir, hadis, dan fiqih. Sebagaimana prinsip prinsip ini dibina oleh para mujtahid, maka yang mahu mengkritiknya dan memperkasakannya juga mestilah orang punyai keilmuan dan kesarjanaan, seorang mujtahid seperti mereka juga-atau sekurangnya mujtahid muqayyad- dalam bidang tertentu.
Jika untuk islamisasi ilmu ilmu yang digelar ilmu moden, disyaratkan mendalami terlebih dahulu bidang2 ini, maka ia juga patut disyaratkan dalam islamisasi ilmu agama.
Islamisasi dan aliran pemikiran yg meragukan
- terdapat sebahagian idea idea pendokong islamisasi mirip kepada sebahagian idea aliran pemikiran yg meragukan, seperti:
i. membuka pintu ijtihad seluas luasnya kepada semua ilmuan, tidak kepada yang mencapai tahap tertentu sahaja- mirip kepada idea Islam liberal yang mahu pintu ijtihad dibuka dalam segenap bidang
ii. idea fazlurrahman berkenaan pentafsiran al-quran tanpa rujuk asbabul nuzul- mirip idea aliran modernism dalam pentafsiran al-quran, bahkan sebahagian pengkaji merujuk beliau sebagai salah seorang yang terpengaruh dengan modernism
iii. penafsiran semula beberapa istilah dalam ilmu agama, seperti "ijtihad" dan "feqh" oleh sebahagian tokoh islamisasi- mirip idea aliran Islam Yasari yg mahu perkataan2 tertentu ditafsirkan semula kerana tak bersesuian dgn zaman sekarang
APA PENDAPAT ANDA MENGENAI ISU INI? SAYA AMAT MENGALU ALUKAN RESPONS ANDA DALAM RUANGAN COMMENTS BLOG INI!!
saya masih ingat beberapa hari lalu saya menulis tentang irhab@kekerasan di dalam blog ini....tak terniat pulak nak menulis irhab part2..tapi bilamana saya sampai ke kampung sg jahit pada hari semalam (Khamis), petangnya anak jiran saya yg bernama ayie itu menceritakan ke"irhaban" yg berlaku di asrama sebuah sekolah menengah di dalam kampung saya!!!
sampai masuk akhbar harian metro...tapi saya x pula terbaca..sbb saya selalunya melihat akhbar secara online, itupun utusan malaysia,bharian, harakahdaily, tranungkite...x ada pula terbaca...mgkin sbb saya x baca metro sgt...
tiga org budak form 1 telah menjadi mangsa...seorg hanya lebam2 sahaja...seorang agak dahsyat...kena streka panas dekat buntutnya....seorg lagi mengikut cerita sampai cedera teruk (katanya pecah tisu-wallahu'a'lam)...salah seorg drp budak yg kena tu saya kenal, sebab dia bekerja di kilang penanaman cendawan di kg saya ini..
samseng2 sekolah itu pula khabarnya telah dibuang sekolah...
semoga kita semua sama sama bermuhasabah atas apa yg berlaku ini..semoga keadaan ini tidak berulang di lain masa...sedih, kesal...semuanya ada bila benda benda ini berlaku...menjadi tanggungjawab kita semua bersama utk mencegah perlakuan seperti ini dari terus berlaku..
Allahumma Asleh shabab al-muslimin wa ahwaalahum..
12.07p.m- 10-4-09

tam al-urduni di sisi dua kenderaan kesayangannya
10-4-09, 11.51a.m

- ringkasan dan terjemahan daripada pembentangan sheikh Saleh Boukra', di dalam sesi pembentangan kelas Islamic Critical thinking, IIUM.
Definisi
Pengkaji berselisih pendapat dalam mendefinasikan irhab. Walaubagaimanapun, majority definisi bersetuju mengaitkan irhab dengan dua unsur:
- penggunaan kekuatan yang boleh dilihat
- menanamkan rasa gerund/gentar
di dalam quran, perkataan Irhab dan yang sama kata dasar dengannya tercatat sebanyak dua belas kali. Ia membawa maksud:
- ketakutan, kegerunan, yang dipandang dari sudut positif, yakni menambahkan ketaatan kepada Allah dan menjauhkan daripada larangannya.
- Maksud irhab dalam ayat: "ترهبون عدو الله وعدوكم"
Memerangi musuh sebagai tindakbalas mempertahankan diri daripada ancaman.
- tiada ayat di dalam quran yang mengharuskan irhab dalam bentuk yang mutlak, tanpa sebab yang munasabah.
Sejarah
Kekerasan yang pertama kali berlaku di dalam sejarah ialah peristiwa yang berlaku ke atas anak anak nabi Adam alaihissalam yang diceritakan oleh allah di dalam surah al-maidah.
Pembahagian
1) kekerasan dalam bentuk serangan
Perbuatan menggunakan kekerasan atau kekuatan zahir dalam menyakiti orang lain untuk mencapai tujuan tertentu.
Contoh contoh:
- kekerasan yang digunakan terhadap para anbiya oleh musuh musuh mereka
- kekerasan firaun memperhambakan Bani Israel
- kekerasan kerajaan kristian Andalusia yang memerangi sesiapa sahaja yang mempunyai akidah yang bercanggah dengan mereka, termasuk muslim, yahudi dan orang kristian sendiri
- pengeboman amerika ke atas hirosyima dan Nagasaki
- kekerasan yahudi Zionist terhadap rakyat palestin
- pencerobohan amerika di Afghanistan dan Iraq
2) kekerasan sebagai pertahanan
Kekerasan yang dilakukan sebagai tindakbalas terhadap kekerasan pihak lawan, sebagai pertahanan.
Contoh contoh;
- Jihad peperangan yang disyariatkan dalam Islam, nas nas Quran menyatakan hal ini, di mana perang disyariatkan sebagai pertahanan terhadap orang yang telah dizalimi musuhnya
- Tindakbalas rakyat palestin terhadap Israel, termasuk di bawah kekerasan yang dilakukan untuk mempertahankan diri.
Kekerasan dan keganasan
Keganasan ialah menggunakan kekuatan pada tempat yang tidak sepatutnya
Setiap keganasan itu merupakan kekerasan, tetapi setiap kekerasan tidak semestinya satu keganasan
Beza antara jihad dan keganasan
Jihad
- matlamat dan tujuan jihad jelas, perlu mengikut peraturan, akhlak dan hokum berkaitan
- penggunaan kekuatan di tempat tempat tertentu yang sepatutnya sahaja
Keganasan
- matlamat dan tujuan yang samara, tidak ada aturan aturan seperti di dalam jihad
- penggunaan kekuatan di tempat yang tidak sepatutnya
Pengebom berani mati Palestin : satu analisis
Sebahagian ulama menganggap ianya satu jihad, bahkan antara jihad yang terbaik yang dilakukan oleh seorang muslim pada zaman ini. Antara yang berpendapat sedemikian ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi. Antara hujah hujah yang digunakan dalam hal ini:
rakyat Yahudi merupakan tentera kerahan Negara mereka. Jadi membunuh mereka dikira membunuh tentera musuh, bukan orang awam.
di dalam syariah, orang bukan Islam terbahagi kepada dua, yang tidak diperangi dan yang dipoerangi. Yahudi di Israel termasuk dalam mereka yang diperangi
jika ia turut membunuh orang islam sendiri, sebahagian ulama mengharuskan terbunuhnya sebahagian kecil orang muslim sebagai benteng dalam menyelamatkan majority muslimin yang lain
Apakah punca kekerasan dan keganasan berlaku di kalangan masyarakat Islam ??
Dr. Yusof al-Qaradhawi:
- kezaliman penguasa menyebabkan ada yang bangkit menentang menggunakan kekerasan dan keganasan
- kekeliruan pemikiran dan kefahaman
penambahan ulama lain:
- politik : perebutan untuk mendapatkan kuasa politik tertinggi dalam sesebuah kerajaan
- ekonomi: terdesak untuk meneruskan kehidupan, seperti yang berlaku kepada sebahagian rakyat Somalia yang terpaksa menjadi lanun
- kemasyarakatan: perselisihan dan pertelagahan yang akhirnya membawa kepada kekerasan dan keganasan
bagaimana menangani keganasan?
Pencegahan
- dakwah Islam perlu diperkasakan bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang Islam, terutama perkara berkaitan jihad dan peperangan. Ummat islam sendiri perlu mendalami agama dengan lebih mendalam dan kefahaman yang teliti agar islam tidak ditohmah kerana kesilapan perbuatan ummatnya.
Rawatan
- islam telah meletakkan hukuman berat ke atas mereka yang melakukan kekerasan dan keganasan tanpa sebab yang syar'ie. Oleh sebab itu syariat Islam telah menetapkan beberapa hukuman ke atas pesalah yang berkaitan keganasan, iaitu;
hokum hudud jenayah Hirabah (pengganas)
hokum hudud jenayah bughoh (Pemberontak)
hokum qisas ke atas pembunuh
Sabda Nabi s.a.w:
“Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan dan menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan dan menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan ALLAH. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik bertanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Kata anaknya: "Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila ditanya, dia berkata: Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul 'Ulya min Qada al-Islam, 144).
sedutan daripada perutusan nasihat Dr Mohd Asri sempena pertukaran PM malaysia kpd yg baru...sila baca artikel penuh di sini
dia memberikan satu gambaran, buku buku tulisan tokoh gerakan termasuk dr yusuf al-qardhawi, walaupun tulisan umum seperti al-halal wa al-haram fi al-islam- semuanya hanya boleh didapati dan disimpan secara rahsia, senyap senyap. hatta di pameran buku sekalipun, dia berkata ia dijual secara senyap senyap.
Satu lagi pengalamannya, beliau sendiri bercerita yang beliau terpaksa menangguh hasrat untuk berguru dengan sheikh sheikh yang dikenalpasti sebagai beraliran haraki, sehingga memperolehi pengesahan ijazahnya, bimbang akan diambil tindakan oleh pihak pentadbiran. sehinggalah beliau mendapat sijilnya barulah beliau dapat meneruskan hasratnya.


Ahmad Shamil bin Shahrin
- Lulusan Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, pengkhususan Fiqh dan Usul Fiqh, UIAM
- Pendakwah bebas di bawah Program Bridged Ceramah, Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) Daerah Raub.
- Kolumnis Majalah Solusi- kolum fiqah Fauna
Jadual Majlis Ilmu
- ISNIN- MESTIKA HADIS jilid 1- MASJID AL-NASIR KARIAH KAMPUNG AJAI -KULIAH MAGHRIB
- SELASA- AL-MUKTAMAD FI AL-FIQH AS-SYAFII- SURAU AL-HIDAYAH, KG SUNGAI LUI
- RABU- SIRAH - SURAU KG TOK MACHANG, ULU GALI
- KHAMIS- SIRAH- MASJID JAMEK KG SEGA (minggu 2 dan 3)
- JUMAAT- KULIAH HADIS 40- PEJABAT BELIA DAN SUKAN, KOMPLEKS RAKAN MUDA DAERAH RAUB- 9 PAGI
- JUMAAT- RIADUS SOLIHIN (JAKIM) JILID 5 - SURAU KAMPUNG SUNGAI JAHIT- KULIAH MAGHRIB
- JUMAAT- AR-RAHEEQ AL-MAKHTUUM- MASJID TENGKU ABU BAKAR BANDAR RAUB (KULIAH MAGHRIB-BULANAN-MINGGU KE-2))
- SABTU- AR-RAHEEQ AL-MAKHTUUM- MASJID JAMEK KARIAH DONG- (KULIAH MAGHRIB- minggu 1 dan 2))
- SABTU- USRAH HADIS 40 ICORE- MINGGU 1 @ 2- SURAU TMN AMALINA LESTARI
- AHAD- FIQAH SOLAT- DEWAN RABIATUL ADAWIYAH MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ DONG JAYA (KULIAH ASAR MINGGUAN)
- AHAD- AR-RAHEEQ AL-MAKHTUUM- MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ DONG JAYA (KULIAH MAGHRIB-MINGGUAN)







