Diari Raya kembara episod3
X habis2 beraya ntah bila la nak mula berpuasa enam hari di bulan syawal…
5 syawal ari tu, baru sampai dr temerloh. Usai solat isya, imam ajak temankan ustaz Arab- ust Muhammad Roja'ie al-Misri- beraya di rumahnya. Aku dan abg wie pun turut sajalah.
Imam masak kue tiow goreng. Selepas itu datang pula hidangan nasi berlauk. Mungkin sebab ust lebih prefer makan nasi, lebih mengenyangkan mungkin. Minum pula air soya. Sebelum balik rumah, sempat menunaikan "hutang" dgn imam, memasang komputernya di rumah. Semuanya ok, Cuma keyboardnya dah kena ganti baru.
6 syawal
Hari ini kena bayar "hutang" x ziarah tok nenek sebelah ayah, sebab x dapat ikut pd hari raya pertama. Kebetulan kak long and family pun nak ke sana, jadi aku dan bonda ikut sekali.
Jalan Raub-bentong sesak teruk. Perjalanan yg selalunya hanya makan masa 15-30 minit jadi 1 jam 30 minit. Sampai tertidur dlm kereta. Di rumah Tok di bentong,kami dijamu the panas dengan kuih raya.
Balik dari bentong setelah selesai fardu Asar, singgah sebentar di rumah bapa saudara, che yak di sempam. Sampai di sana menjelang maghrib, che yak ajak join dia berbuka puasa enam. Lauk gulai masam patin, sayur goreng, gado gado pun ada. Selesai solat magrib, dijamu dgn kuih muih raya.
7 Syawal
Program hari ini memenuhi jemputan perkahwinan di rumah ustaz Muhammad bin Ehsan al-hafiz. Walimah sempena perkahwinan adiknya. Lauk pauk memang menyelerakan seperti kenduri2 yg selalunya- ayam masak merah, gulai kambing, gulai daging, acar, buah tembikai.
Sebelah petang pula ke rumah pak saudara, Teh Lat di taman mutiara. Macam semalam, sampai semasa org berbuka puasa enam-diri sendiri entah bila nak mula-hehehe. Menumpang menu berbuka- ayam goreng, gulai udang, sayur peria,pudding jagung dan air bandung selasih. Kuih muih raya mesti ada seperti biasa, Cuma di sini ada kuih2 yg x jumpa di rumah org lain.
Dpt mesej dr seorg shbt, ayie mahyudin, ajak beraya di rumah apih wak hamzah di kg sungai Pasu. Beberapa minit sampai di rumah di dong, ayie dan mat noh sampai menjemput. Kami ke klinik dulu menjemput M.A Masri, ngah dan along.
Di rumah wak hamzah, rupanya dah ramai geng lain dah menunggu.kami dijamu pelbagai menu istimewa. Mee kari, nasi putih, kari ayam, sambal petai, gulai daging, Nescafe dan oren. Sambil makan berbual bual , dan menonton perlawanan bolasepak antara kedah dan angkatan tentera Malaysia.
Baliknya nak beraya rumah abg masri,tp dia dah ngantuk x larat layan tetamu da…
updated on 29sept09-3.39pm
4 syawal
Hari rabu, memang dah bercadang utk ke Pahang tengah- temerloh dan jengka, untuk ziarah shbt2 di
Menjelang waktu Zuhur, sampai di terminal bas lurah semantan di Bandar temerloh. Ustaz Azlan sudah sedia menunggu di
Kampung Sanggang Baru, Temerloh
Destinasi pertama di kampung sanggang baru, masih dlm daerah temerloh. Menziarahi shbt kami ustz firdaus, di rumah yg kiranya baru siap. Firdaus asalnya duduk di Bandar pusat, dia berada di sini oleh kerana keluarganya ada projek penternakan ikan keli di kampung ayahnya di sini. Seperti biasa emak firdaus yg asalnya sama daerah dgnku menyediakan menu istimewa utk tamu tamu raya. Kali ini mee soto dan pecal, dengan air jambu batu merah. Berselera sekali kami menyantapnya, dalam keadaan perut memang lapar. Ketika bersembang selepas makan, ustaz ayah cik dan isteri, ustazah naemah tiba seperti yg kami sedia maklum.
ustaz azlan yg sentiasa ceria di hari raya
keluarga ustaz firdaus berbual dgn pasangan bahagia ayahcik dan naemah
inilah hidangan mee soto yg enak..yg masih bertutup itu pulak pecal
kerusi sofa yg empuk sesuai utk berehat setelah jauh berjalan
hidangan kuih raya..botol kosong itu adalah air sejuk dr peti utk makan ubat
Satu perkara menarik berlaku di sanggang. Pak saudara firdaus, bila tahu aku org dong, bersembang denganku. Rupa rupanya beliau rakan lama kepada arwah pak long, juga kpd pak. Duduknya pula di kampung baru bentong, satu taman perumahan dengan atuk sebelah ayahku.
Kampung Paya Luas, Temerloh
Selepas asar, kami menuju ke destinasi kedua pula. Di rumah ayah cik di kampung paya luas. Suasana meriah dengan keluarga besar ayah cik. Mereka sepasang suami isteri melayan kami dengan penuh mesra. Menu istimewa di sini- sesuai dengan suasana minum petang. cekodok@jemput2@ godok masin cicah dengan gulai kari kambing. Kata ayah cik inilah pertama kali raya org dihidang cekodok J apalagi bila masakan masakan kampung macam ni akulah org yg paling berselera..
Kami di
Felda Semarak Jengka 15
gambar yg diambil dlm hujan lebat ketika kami tiba di jengka 15
Dalam hujan yg x berapa lebat kami menuju ke rumah Azlan di felda semarak jengka 15. selalunya aku ke sini beraya ke rumah azlan dan seorg lagi shbt lulusan maahad tahfiz syubro, ust Zarimi abu Zih. Tapi dia berada di kampung isterinya. Kami berpayung turun dari kereta ke rumah azlan.
Kami dihidangkan oleh azlan dengan tiga jenis air- milo ais, air gas strawberi dan ais krim soda-x termasuk air masak sejuk dr peti khas utk pesakit diabetis hehehe..menu istimewa- nasi himpit dan serunding daging.
Seronok berbual dan mendengar pengalaman dan nostalgia ayah dan mak azlan. Nak nak lagi mereka berdua org terengganu, sama dengan negeri asal usth naemah isteri ayah cik. Dlm pada tu aku baru tau yg naemah rupanya lahir di jengka dan pernah duduk di jengka sebelum pindah ke terengganu.
Bandar pusat jengka
Kami beredar dr rumah azlan, menuju ke Bandar pusat jengka, utk ke rumah firdaus yg lagi satu di
Dah jumpa tempat yg best, masalah lain plak. Menu lain semua dah abis. Tinggal char kue tiow sahaja. Alhamdulillah masakan di sini best. X puas makan rasanya. Masa makan kami dapat tau satu lagi perkara menarik, firdaus dan naemah mungkin bersekolah satu tadika masa umur 6 tahun dahulu heheheh..mcm2 la..
Selesai makan, ayah cik dan keluarga pulang ke paya luas, yg lain ke rumah firdaus, utk berehat dan bermalam di
5 syawal
Pada mulanya Mukhtar@Bon dan Husni dari selangor bercadang nak beraya ke sini, tetapi x jadi pulak di saat saat akhir. Jadi program beraya 5 syawal kira tergendala. Apa apa pun perut dah lapar menjelang. Matahari dah cerah. Kena cari sarapan.
Kami pergi ke dua restoran tapi semuanya sarapan dah abis. Tinggal roti canai je. Sebab perut lapar kami pun order la nasi ayam. Selepas makan kami ke rumah firdaus sekejap utk ambil barang2.kemudian terus bertolak ke temerloh.
Sampai di temerloh sudah tengah hari, kami mengambil keputusan utk beraya di warung. Makan nasi ayam lagi, dengan air batu campur yg agak spesyel ada biskut belanda lagi, tp harga murah je. Selepas itu kami menghantar firdaus pulang ke kampung sanggang.
Balik dari sanggang kami ke terminal bas ekspres utk cari tiket utk aku pulang ke raub. Tiket paling awal 5.05 petang. Kami ke masjid dulu utk menunaikan fardu zuhur,dan asar, dan berehat di
Dlm perjalanan satu lagi cerita spesyel berlaku. Dah nak dekat sampai ke Raub, tali minyak bas putus pulak. Tersadai di tengah perjalanan, kira kira jam 6.40 ptg. Kata pemandu, kena tunggu bas dari kL yg bertolak jam 6.30 ptg, dan sampai pukul 7.40 malam. Sejam kena tunggu. Alhamdulillah ayahanda dan abg ipar akhirnya datang menjemput, dan selamat sampai di rumah. Berakhirlah satu lagi kembara.
Ramadhan yg penuh rahmat dan berkat akhirnya berlalu meninggalkan kita. Sambil bermuhasabah, jangan kita lupa Islam menyuruh kita bergembira di hari raya. Ziarah menziarah satu amalan mulia dalam msyarakat kita di hari raya. Daripada si kecil yg nawaitu jumhur mereka "duit raya", hinggalah kita yg alhamdulillah memahami konsep ziarah menziarah yg lebih kita selesa sebut beraya…
Maka kurakamkan di sini nukilan diari beraya..
Malam syawal
Selesai berbuka dan usai fardhu maghrib, seisi keluarga menunggu pengumuman penyimpan mohor besar raja raja. Seperti yg tecatat dlm calendar lebaran pun diumumkan. Tiada lagi terawih malam ini, tinggal lagi kami sudah berjanji utk bejemaah isya dan bertakbir di surau.
Usai isya dan takbir, kami sama sama menjamah lemang dan rendang ayam yg dibawa oleh seorg shbt. Sahabat sahabat yg baru pulang dari rautau orang turut hadir, jadi banyaklah cerita kami malam itu. Hinggakan tak sempat memenuhi jemputan jamuan tuan guru hj ariffin mlm itu.
Imam tiga dan seorg lagi shbt tiba tiba sampai menyerahkan khutbah utk dibaca slps solat sunat aidil fitri esok.
1 syawal
Takbir Raya
Usai solat dan khutbah, dan bersalam salaman mengucap selamat serta bermaaf maafan, beberapa org shbt tiba tiba hangat berbincang tentang takbir hari raya- adakah diadakan lagi setelah imam selesai solat seperti yg berlaku sebentar tadi, yg telah menyanggah kebiasaan kefahaman, ilmu dan amalan masyarakat di sini.
Seingat aku pasal waktu takbir aidil fitri ada byk qaul. Setelah merujuk kembali beberapa kitab, aku mengingati kembali qaul2 tersebut. Di dalam mazhab syafi;I sendiri ada tiga Qaul: 1- disunatkan takbir hingga imam keluar utk solat. 2- disunatkan takbir sehingga imam bertakbiratul ihram utk solat aid. 3- disunatkan takbir sehingga imam selesai drp solat aid dan dua khutbah(berdasarkan riwayat az-zuhri yg disebut ibn munzir dlm al-awsat).
Sebahagian ulama mazhab syafi'I berpendapat masalah ini atas pendapat yg satu, iaitu sunat takbir sehingga imam takbiratul ihram utk solat sunat aid, dua pendapat yg lain ditakwilkan .
Menurut sayyid sabiq dlm fiqh sunnah, jumhur ulama berpendapat waktu takbir di hari raya aidil fitri ialah drp waktu keluar utk solat, sehinggalah permulaan khutbah, bersandarkan beberapa hadis doif, serta atsar soheh dr ibnu umar dan lain2 shbt. Sebahagian ulama berpendapat, waktunya ialah drp malam hari raya, hinggalah pagi raya ketika hendak ke tempat solat, dan hinggalah imam keluar utk solat. [rujuk: imam al-imrani, al-bayan fi mazhab al-imam as-syafi'I, dan sayyid sabiq, fiqh sunnah].
Beraya!!
Kembali di rumah, keluarga bersiap siap utk pulang ke kampung[sebenarnya Bandar] di bentong. Mak pulak pening kepala sebab makan daging segar, dan memang kena ada org tinggal rumah sebab wan ada di sini. Aku memilih utk tinggal di rumah dan x pulang ke bentong.
Sebelum pak dan yg lain bertolak., kami menziarahi keluarga arwah paklong dan maklong. Bermaaf maafan. Bila pak dah berlepas, aku tinggal, berbual dengan long sir, kak ida pula hidangkan air dan juadah.
Aku kembali ke rumah bila nampak kereta pak sedara, che yak sampai di depan rumah. Mak yg tadi pening bangun pula menyambut adik bongsunya dan keluarga. Seperti biasa keluarga arwah paklong maklong pun datang ke rumah, bermaaf maafan dengan wan dan keluarga yg lain, kemudian kami menjamu selera.
Bila keluarga beransur pulang, tamu2 pula datang. Di celah2 itu aku sempat ziarah rumah jiran sebelah, ngah deraman, utk ziarah Ayie yg sedang diuji dgn penyakit buah pinggang. Ajak ayie beraya di rumah. Selepas itu kami beraya di rumah cikgu pol, di mana dihidang dengan nasi hujan panas dan lauk pauk mcm kenduri.
Menjelang gelincir matahari kami pulang. Aku terlupa ini hari raya pertama aku sbg pesakit diabetis…lalu terlantarlah aku kerna badan yg tiba2 rasa x sedap. Kena rehat dulu nampaknya dari beraya.
Selepas asar, aku mula meronda kembali. Kali ini rumah sahabat baik sejak sekolah rendah, dan sahabat sama hobi bela arnab, najib. Rumah najib siap menjamu sate lagi..maka memang langkah kanan la…
Sebelah malamnya, mengikut angah dan apik, serta mat noh beraya. Mulanya nak beraya ke rumah ngah nizam dan apih, tapi tukar plan ke rumah aboi dan hasan. Kebetulan pula malam itu ada lawan bola, Manchaster united lawan manchaster city. Sambil tgk bola kami makan kuih raya dan minum air. Abis game, diajak pula makan
2 syawal
Berhari raya di rumah pak cik jalil, bilal masjid. Pak cik jalil kata kuih je yg tinggal.,kalo dtg hari raya pertama ada spesyel sikit heheh…lupa rupanya memang selalunya aku beraya rumah pak cik jalil raya pertama..Cuma semalam badan x sedap sikit.
ustaz judin ketika menjadi salah seorg tenaga imam terawih di surau sg jahit
Sebelah petangnya beraya di rumah ustaz judin. Kebetulan ada tamu lain, dapat la kenalan baru. Melihat keadaan ust judin yg penat sebab baru balik beraya, malas nak lama lama sgt..Selepas itu ke rumah pak teh jalil di rumah murah dong. Perbualan petang itu penuh pengajaran, nasihat,dan cadangan yg amat berguna utk melalui kembara daie ini. salah satu sebab aku minat berkawan dan bergaul dgn org lama, mereka ini luarannya nampak biasa, tapi atas nama pengalaman diri mereka penuh motivasi dan nasihat. Dan salah satu sebab aku suka beraya berseorangan bila ke rumah rumah shbt veteran. Nasihat hati ke hati itu amat terkesan.
Sebelah malamnya, sekali lagi bersama angah and the gang beraya kali ini ke rumah ngah nizam pulak. Sebelum tu angah beraya di rumah aku dulu. Tahun ni agak seronok dapat beraya ke rumah2 teman2 seperingkat usia. Esoknya mereka ada perlawanan persahabatan dgn kampng sebelah.
3 syawal
Beraya ke rumah mak long basar, anak arwah pak cu mansor, merangkap ketua pendengar kuliah fiqh manhaji di masjid ajai. Sampai dengan langkah kanan, kebetulan mak long baru masak roti jala. Karinya masih panas lagi. Satu lagi hidangan istimewa maklong kek sandwich, tp aku x boleh makan banyak sebab manis ada jem di tengah lapisan kek. Tapi roti jala memang byk la aku makan sebab kari ayam dia best. Mak long basar mmg pandai masak la.. Pak long dan kawan kawannya pula tengah bersiap sedia utk turun menjala. Kalau terlewat sedikit, tentu x berjumpa pak long.
Sebelah malam selepas isya beraya dengan geng masjid-imam fhuzi, bilal pak ndak salpudin, abg wie, pokya, Muhammad al-hafiz dan ngah wie. Rumah pertama kami kunjungi rumah cikgu norhan. Pak dan cik gu wira juga bertemu kami di
inilah cikgu norhan, di rumahnya yg kami serbu malam itu.
Selepas itu ke rumah pokya di pejabat pos. kami dihidangkan dengan lemang dan kari ayam, serta nasi himpit dan kuah kacang. Semuanya sedap sedap belaka.
Sedar x sedar bulan penuh rahmat,berkat, pahala ini sudah pun tiba ke penghujungnya.. Sekejap sungguh rasa berlalunya Ramadhan. Kalau diingatkan waktu kecil kecil dahulu, menunggu sehari ramadhan usai- waktu berbuka- bagai satu penantian yg penuh seksaan. Ketika di bangku sekolah, yang sesi persekolahan berlangsung hari hari kecuali hari minggu itu, terasa lama benar sebulan itu.Bila diri menginjak dimakan usia, kelas yg hanya dua kali seminggu, masuk kelas keluar kelas, naik bas turun bas,ulang alik raub-gombak, tidak terasa lama masa itu berlalu.
Harapan yg kita letak di awal Ramadhan tidak lama lagi bakal terjawab. Adakah Ramadhan tahun ini sama seperti yg lepas lepas, atau lebih kurang, atau lebih merosot sikit .
kisahkan kita dengan ini- penuhkah terawih kita utk ramadhan kali ini, berapa juzuk Quran berjaya kita habiskan? Sepuluh malam terakhir kita bagaimana? atau kita hanya cakna dengan lebih kurangnya kuih raya,baju raya, duit raya tahun ini dari tahun lepas. Hanya diri kita sendiri yang boleh menjawabnya.
Semoga Allah memanjangkan usia kita untuk memanfaatkan sebaiknya baki baki Ramadhan yg masih ada. Moga dipanjangkan usia agar dapat kembali bertemu Ramadhan yg akan datang. Memperbaiki apa yg kurang rapi, menambahkan apa yg kurang, mempertingkatkan yg sedia ada.
Ya Allah, jadikanlah Ramadhan ini benar2 bulan tarbiyah buat diri ini, jadikan ia satu platform peningkatan nilai kehambaanku, kupohon kekuatan dariMu utk aku istiqamah dlm amalan….
11.27am-19sept09-29Ramadhan
selepas zuhur, aku, angah dan judin be"riding" ke bandar raub utk ke pasar mencari bahan bahan utk menu utama, mee kari. berpandukan "list" resepi along alil sebelum ni kami mencari barang barang yg perlu. terserempak dgn ketua kampung@tok empat yg juga mencari bahan utk ifthar di masjid mlm esoknya 27 Ramadhan.
dlm perjalanan pulang aku dan angah berbincang pasal air .angah nak buat air bandung laici, tp dia cakap laici yg selalu dijual [laici dlm tin] ada kandungan yg meragukan mengikut satu risalah yg dia baca.jadi proceed menu air asal, mcm ifthar pertama-sarsi.
sampai di surau menjelang asar. biasalah bulan blan puasa ni bila bermusafir,biarpun dekat terasa penatnya. aku pun lantas ghaslu at-tabarrud dgn air kolah surau yg sejuk nya bolehlah tahan.
seperti biasa pukul enam wan jang dan wan cu dah ada di surau menyiapkan apa apa yg patut. cu nun pun dtg kali ni. aku dtg utk menyelesaikan tugasan minuman. kali ini tak boleh buat penuh, kena buat kurang separuh tong, alhamdulillah selepas terawih sukatan air yg dibuat habis. saipol pun mula sampai menghantar bahan2 menu tambahan-buah buahan dan air batu.
habis kerja round motor sekejap jenguk kawan kawan peringatkan suruh datang.
maghrib semakin hampir,kami semua berkumpul di surau. kehadiran jangkaan kami-25 org- jumlah purata jemaah terawih sekali lagi meleset hehehe ayahanda sendiri x dpt dtg..angah kena berbuka dgn usrah di rumah sebab keluarga dia org lelaki x ada di rumah..yop x ada..mak teh dah berbuka di sekolah ada majlis khatam quran...aboi pd mulanya x dtg ada tetamu, tapi sebab tetamu x sampai2 menjelang berbuka aboi muncul di surau berbuka bersama kami. kali ini medical assistant kami en mazri pun hadir memeriahkan ifthar.
gema azan pak ndak salpudin bergema di ruang angkasa kg sungai jahit..kawan kawan minta doa berjemaah mulanya, aku kata xpe,dah azan ni,berbuka.[sepatutnya doa sebelum azan td, menjelang maghrib sprt yg sheikh muhammad abu lais ajar semasa kami ifthar jamaie di rumah beliau]. menu kali ini lebih ringan dr ifthar pertama yg agak sarat. mee kari, goreng pisang, buah tembikai-dicicah asam masin serbuk, buah betik, air sarsi sejuk dan teh panas.
usai makan kami bersegera solat maghrib berimamkan ustaz judin al-urduni. ketika sedang zikir usai solat maghrib, terdengar bunyi kereta di luar, nah...sebungkus besar plastik berisi nasi bungkus disedekahkan....rezeki Ramadhan...
sambil menunggu isya kami bersantai di atas tikar sambil mencicip sedikit sedikit buah buahan yg masih ada.ada yg pulang seketika menyelesaikan urusan2 yg patut. selepas itu sprti biasa solat isya jemaah, terawih dan witir. slps witir seperti biasa 2nd round mengelakkan pembaziran makanan.
kata teman2 ini ifthar terakhir utk Ramadhan kali ini. selepas ini mungkin org dah mula sibuk utk persiapan raya pula.cuma mlm raya nanti kami cuba berkumpul di sini utk makan2 biasa2 je. apa apapun terawih kami akan terus berjalan mengharung saki baki Ramadhan yg ada...siiru ala barakatillah...
2.51pm-16sept09

Saya selalu berpesan pada diri saya dan org lain dlm tazkirah2 ramadhan, agar kita berdoa Allah panjangkan umur dan kurniakan kesihatan, agar dapat kita menjalani tarbiah ramadhan dan merebut bermacam fadhilatnya. Namun Ramadhan kali ini perlu dihayati dgn penuh makna, kerna kita x tahu bila datangnya ajal kita…adakah Ramadhan tahun hadapan bakal kita temui? Atau dapatkah Ramadhan tahun ini kita susuri hingga ke akhirnya? HANYA ALLAH YG TAHU….
Mlm nuzul quran-mlm 17 ramadhan- Pak Teh Bahrin, adik kepada pak, telah pergi tak kembali menghadap Ilahi…arwah sedang beri pengisian usrah, tiba tiba sendawa angin dengan kuat, dan arwah terlentok di meja…dibawa ke hospital…seketika kemudian disahkan sudah meninggalkan alam fana ini…
Kami bermusafir malam itu..utk menyumbang khidmad terakhir kami kpd arwah..membantu menguruskan jenazah…
Ketika membantu mengangkat, memandikan dan mengkafankan…jelas raut ketenangan di wajah arwah….arwah pejuang tegar gerakan Islam di daerah kuantan dan sekitar..…lihat saja khalayak yg mahu solatkan jenazah di surau di peramu td…mil doakan khusnul khatimah itu milik pak teh..
terkenang dua perbulan terakhir dgn arwah…kedua duanya alhamdulillah kami berbincang singkat tentang ilmu agama…arwah sama seperti abangnya, ayahandaku, memahami perjuangan anaknya ini…aku masih ingat arwah bertanya dlm senyuman, ajar fekah syafi'I ke ajar ikut satu lagi…aku tersenyum menjawab dua dua..kemudian arwah bertanya tentang kenduri arwah..dalil2 larangan..hujah yg mempertahankan amalan ini..dan sempat juga arwah bertanya ttg laman laman web aliran sunnah..perbualan kedua kebetulan, aku menjawab panggilan arwah pd hp pak…arwah Tanya pasal mesej berantai, sbb pak dah forwardkan pada dia…rupa2nya pak saja bergurau forwardkan…
Mengalirlah air mata..ianya fitrah kesedihan insan…semoga keluarga mak teh nor sabar menghadapi ujian ini…semoga ruh arwah pak teh, bahrin bin Muhammad dicucuri rahmat, semoga arwah ditempatkan bersama sama mereka yang telah mendahului kita semua dari kalangan insan insan sejati yg memperjuangkan agama Allah dulu kini dan selamanya…Amiin…
berita pemergian pak teh bahrin ,turut dikongsi para pejuang islam di sidang online
http://www.sidangonline.net/v7/?p=1009
11.24pm-17ramadhan-7 sept 09
Setelah berjaya mendapatkan tiket bas 8.30 mlm di sebelah siangnya dgn bantuan ustaz judin, kembara yg dirancang bermula. Usai berbuka di rumah dan solat magrib, dan serta rehat seketika, pak menghantar ke stesyen bas raub. Mak seperti biasa akan membekalkan bekalan, kali ini- nasi ulam,ayam bakar, bubur nangka dan buah langsat.
Sengaja memilih utk musafir malam di bulan2 puasa ini. bas bertolak tepat pada masanya dan dalam sejam lebih dah sampai di stesyen pekeliling. Ust hanafi x dpt ambil pula malam ni, dia berada di nilai, rumah ustaz mior.jadi pilihan yg ada LRT..
LRT di malam Ramadhan
Dari pekeliling ke gombak memang kena guna dua aliran. Tak sangka malam malam ramadhan begini ramai juga orang. Terutama dari putra masjid jamek. Tersenyum melihat beberapa keluarga menggunakan kemudahan moden sbg pengankutan utk solat terawih di masjid jamek.
Namun masuk ke dalam LRT..Senyumku mula bertukar tawar, kemudian hilang. Bukan kerana kesesakan umat manusia dlm lrt, tapi dek sepasang manusia yg menggunakan kesempatan "sesak" ini utk "memanaskan" lagi suasana malam ramadhan dlm lrt. Dijeling jeling dgn mata x reti bahasa, hatiku menyampah melihat mereka berpaut2 macam kera nak mengawan [oops maaf kasar bahasa…tapi benci sangat..]. tambahan pula si dara mempunyai potensi memburukkan imej muslimah bertudung, yang selama ini memang menjadi alasan bagi sebahagian orang utk mengelak dari kewajipan bertudung….
Menambah kuatkan kan lagi sangkaan burukku mereka bukan suami isteri- si gadis turun di stesyen lain. Si lelaki turun sama stesyen dengan aku…bila berseorangan begitu baru dia perasan aku memerhatikan mereka dari tadi…terus ditundukkan muka, sesekali ditutup dgn topinya…mujur la aku letih x larat nak tunggu bas lalu mengambil teksi…kalau tak mungkin aku akan tahu dekat mahallah mana mamat tu duduk..
Marilah kita ber"husnu zon"-bersangka baik…ya..mereka suami isteri?? Kalau suami isteri sekali pun, dr radwan jamal kata–hafizahullah- seperti yg ust hanafi pernah kongsikan pd aku- suami isteri pun dilarang menunjukkan sgt kemesraan di khalayak ramai, bimbang menimbulkan fitnah pada diri sendiri dan org lain….atau se"simple" yg pak aku cakap: kalau ye pun tunggu la sampai rumah dulu…."
Silap paham
Aduhaiii Ramadhan….betapa banyaknya silap paham manusia terhadapmu…
Siang hari x boleh dating, pegang2 tangan, berdua-duaan….sebab nanti kurus pahala puasa…bila dah malam kita berbuka bersama nanti…sebab dah x puasa lagi….siang2 x boleh telefon dan mesej2 mcm selalu….nanti ramping pahala puasa…malam nanti kita gayut dan mesej la sampai sahur pun tak pe….
Rupa rupanya ada maksiat yg tak boleh dibuat semasa berpuasa saja yer….bila dah berbuka boleh ya..sepanjang hayat aku belajar ni…x pernah pulak aku baca kitab fekah sebut pasal benda ni..kenalkan la aku dengan kitab atau tok guru yg mengajar benda ni..teringin juga "talaqqi"..
Maaf jika nukilan ini terlalu kasar….namun itulah gambaran kasar dan tajam,nya pemandangan2 yg menghiris hati aku….
5 september 2009- rancangan utk buka puasa ramai2 di surau alhamdulillah diizinkan NYA berjalan lancar. seawal jam 10 pagi geng2 dah mula cari barang utk memasak.pas zuhur plak dah start gotong royong pasang karpet surau, ngan masak air utk dibuat ptg nanti.
pas asar jemaah muslimat-wan jang,wan cu ngan mak teh dah mula datang bekerja- kemas pinggan,masak nasik, potong buah. along the chef plak mula siang ikan keli yg pol hantar tgh hari td.ngah dan apeh pun dah mula sampai.
aku balik jap, nak bersiap. tengah dok nak mengabiskan satu juzuk utk hari ni,tiba tiba dengar suara pak ndak the bilal azan maghrib..rasa mcm cepat la..maka tpaksa menyegerakan berbuka di rumah dulu..
sampai surau semua tgh sibuk menjamah juadah...gulai serung ayam pencen memang best...sampai berpeluh makan...rancangan mengejut aboi,yop mendatangkan ikan talipia bakar...lagi ikan keli along..kerabu mangga,kerabu daging..banyak la lauknya..
usai berbuka kami maghrib berjemaah..pas tu seperti biasa rehat jap,isya berjemaah dan terawih..
alhamdulillah...
Sekali lagi aku dilema
Satu peribadi yg sama
Terperangkap antara dua gelanggang berbeza
Bagaimana aku yg sama
Bisa jadi aku yg tak sama
Dalam dua gelanggang ini?
Di Gelanggang pertama
Hatiku terasa jernih segar
Membuatkan Langkahku utuh
Yakin Semangatku, waja
Membuatkan Pantas gerakanku
Memacu perjuangan diri
Bila melangkah ke gelanggang ke dua
Kejernihan jadi Keruh payau
Langkahku longlai tempang
Dengan suam suam kuku
Bergerak persis sang kura kura
Memacu kenderaan tempangku
Meneruskan perjuangan
Diikutkan sedap rasa
Seperti mahu ditinggalkan gelanggang kedua
Biar kekal saja aku di gelanggang pertama
Kemungkinan yang mustahil!!
Moga keruhnya tidak lama
Moga payaunya payau ubat
Moga tempang itu sembuh
Moga yg suam kembali hangat
Moga lembabnya pacuan bertukar pantas
Agar dapat kuteruskan
Perjuangan di kedua dua medan ini
11.40pm-1/9/09

