Merdeka!! : menilai erti kebebasan


Tahun ini sambutan hari kemerdekaan Negara Malaysia jatuh dalam bulan Ramadhan. Media-radio tv -seperti biasa akan sibuk mengempen kemerdekaan yg usianya sudah menjangkau 52 tahun usianya.

Memang benar nikmat kemerdekaan wajib disyukuri. Namun bukanlah dengan minda sempit yg hanya menilai kemerdekaan Negara Malaysia dengan pembangunan material yg dinikmati sejak mula mula merdeka- seperti yg diwar warkan setiap kali sambutannya.

Haiwan dan kebebasan bersayarat/berbatas


Bagi yg biasa memelihara haiwan, mungkin lebih faham tentang kebebasan bersyarat. Katakan anda membela arnab. Tidak boleh mengurungnya di dalam sangkar yg terlalu kecil, yang tidak membolehkannya berdiri, bergerak selesa, berbaring memanjang..hingga dia terasa tertekan, tidak ada kehidupan. Namun tidak boleh juga dilepaskan begitu saja tanpa batas batasnya- tanpa ada pagar, reban atau sangkar. Tentu sahaja ia akan mengganggu kita dan orang yang berdekatan dengan kita. Habis tanaman orang dirosakkan, hatta kalau dilepaskan dlam rumah sendiripun habis wayar wayar kabel akan putus digigitnya.

Haiwan haiwan liar juga, walaupun hidup bebas, punyai batas batas kawasan tersendiri, yang ia sentiasa menjaga dirinya agar tidak terkeluar dari batasan kawasan itu, atau yang lain dari memasuki kawasannya. Jika salah seekor melanggar batasan kawasan, maka berlakulah pertempuran yang mungkin mengakibatkan maut. Jika haiwan pun pandai menilai dan mempraktikkan kebebasan berbatas, kenapa tidak kita manusia!!

Kita "hamba" yg "merdeka"

"Erti Kemerdekaan Sebenar Rubi’ bin ‘Amir ra berkata : “Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam), untuk kami Memerdekakan manusia, daripada mengabdikan diri kepada sesama manusia kepada mengabdikan diri hanya kepa...da Allah, mengeluarkan manusia daripa...da kesempitan dunia kepada keluasan akhirat dan dari kezaliman agama-agama (selain Islam) kepada keadilan Islam." Tarikh At-Tabari"




Allah telah menciptakan kita semua sebagai hamba, namun maha pengasih dan penyayangnya Allah, menciptakan kita sebagai hamba yang diberi kebebasan berbentuk –ikhtiar atau pilihan. Tuntutan ketaatan kita tidak serupa dengan ketaatan kokokan sang jalak setiap pagi, terbit dan terbenamnya mentari. Lebihkah kita kerana kebebasan memilih atau kurangkah kita berbanding mereka, kerana jika salah memilih, kita bakal terima balasan setimpal.

Berapa ramai yg tak menunaikan taklifan Allah masih bertebaran di muka bumi, tapi jangan disangka mereka bebas mutlak. Sampai masanya hukum Tuhan akan tiba.

Kebebasan yang diberikan itu kebebasan bersyarat!! Jika kebebasan itu dipandu mengikut jalan yang lurus, yang telah diperintahkan olehNya, maka kita selamat. Namun jika kita berasa bebas tanpa ada tanggungjawab terhadap kebebasan, makan nantikan pembalasanNya.

Allah telah menciptakan kita semua sebagai hamba yg merdeka, oleh itu jangan kita perhambakan diri kita kepada selain daripadaNYA!!

MERDEKA!!MERDEKA!!

Kita tidak pernah merdeka dari taklifan yang dipertanggungjawabkan atas bahu kita. Tiada satu perbuatan-sekecil mana pun- yg akan terlepas dari pembalasan. Allah itu Maha Adil, membalas setiap perlakuan manusia dengan balasan yg memang pasti benar benar setimpal.

Sambutlah merdeka, tapi jangan sampai engkau lupa dirimu itu hamba!!
jangan sampai engkau lupa merdekamu tidak mutlak!!
Jangan sampai kau lutu dan lanyak segala larangan kerana kau fakir kau merdeka!!
Di dunia mungkin engkau rasa boleh merdeka dari segalanya,
Di sana nanti tahulah bagaimana rasanya akibat pandai pandai memerdekakan diri dari perkara perkara yang tidak merdeka bagimu!

Salam kemerdekaan!!

12.25am-31 ogos 2009

{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Adakah Puasa dan bulan Ramadhan itu sendiri benar benar memberi kesan kepada ketaqwaan diri kita? “jika tidak, Mengapa Ramadhan yang kita lalui tidak berkesan?” satu persoalan yang wajib kita semua ambil perhatian sebagai seorang yg benar benar beriman.

Satu persoalan yang nampak Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah.

Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat.

Mengapa?
Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah memberikan peringatan, bahawa puasa sebagai proses menjana Taqwa adalah satu proses yang rumit. Kalimah La’alla yang dijadikan sendi firman-Nya di Surah al-Baqarah ayat 183 itu sudah sedia dijelaskan dengan kalimah ‘mudah-mudahan’, yang membawa tanda tidak semua yang melalui Ramadhan berhasil mencapai Taqwa di hujung Ramadhan.

Justeru jangan sambil lewa. Usaha mengisi Ramadhan mesti penuh kesungguhan.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah memberi peringatan tentang betapa ramai yang gagal memperolehi tawaran-tawaran hebat Ramadhan, kecuali lapar dan dahaga yang sia-sia.

Justeru ketidak sempurnaan hasil Taqwa setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mungkin berpunca daripada masalah yg bersangkutan dengan iman dan hal-hal dalaman manusia, atau mungkin berpunca daripada soal ilmu pengetahuan dalam menggerakkan puasa mengikut panduan Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Antara punca masalah ini bersangkutan dengan AQIDAH, di sinilah timbulnya keganjilan terhadap kelompok yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Bagaimana mungkin seorang itu berpuasa, tetapi meninggalkan rukun Islam yang lebih tinggi iaitu solat? Ia bukan masalah hukum atau masalah fiqh, sebaliknya ia bersangkutan dengan kecacatan serius pada aqidah pelaku ganjil ini.

Ada juga Kerosakan yang membabitkan pemikiran. ini mungkin diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan puasa yang salah motif. Melihat puasa sebagai mekanisma kesihatan diri semata-mata, tanpa ada hubungkaitnya dengan manifestasi kehambaan diri kepada Allah, justeru puasa kosong daripada roh Tarbiyyah, dan sekadar memberikan manfaat material atau duniawi semata-mata.

Ada pun kecacatan berkaitan dengan sistem nilai, ia akan terserlah pada ketidak sungguhan atau tiadanya rasa ghairah terhadap segala tawaran Allah berkaitan Ramadhan.

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka.
Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati allah,
Kelemahan dari sudut ilmu pengetahuan berkaitan Ramadhan juga menjadi salah satu sebab gagalnya kita mendapat taqwa di penghujung Ramadhan.

Ada yang masih jahil, atau sekurang kurangnya terlupa akan hakikat kejadian insan yang disebutkan oleh Allah Ta'ala di dalam firmannya:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
Kita merupakan hamba Allah di setiap bulan sepanjang tahun. Kita bukan hanya mengabdikan diri kepada Allah di bulan bulan tertentu sahaja, bahkan setiap saat dan setiap waktu. Tidak ada kesedaran tentang perkara ini menjadikan semangat kehambaan hanya wujud di waktu2 tertentu, yang menjadikan semangat kehambaan itu bermusim, hasilnya kehambaan kita hanya terhad di bulan Ramadhan, dan tidak berjaya diistiqamahkan di bulan bulan selepasnya. Maka imarahnya masjid dan surau di bulan Ramadhan nanti hanya jadi nostalgia kenang kenangan di bulan bulan berikutnya.

Kadang kadang sebahagian daripada kita juga gagal menghayati konsep berpuasa yang sebenarnya. Masih ada yang beranggapan cukuplah sekadar kita berpuasa dan menjaga diri dari batalnya puasa. Larangan larangan Allah yg tidak dimasukkan sebagai perkara membatalkan puasa seperti mengumpat, melihat kepada perkara yg haram, diabaikan kerana kefahaman : tidak mengapa, ia tidak membatalkan puasa!!

Sedangkan nabi s.a.w bersabda dlm hadis baginda:
عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Dalam kesempatan Ramadhan yg masih berada di permulannya, marilah kita sama sama memperbaiki diri kita, dan berazam untuk menjadi hamba yang benar benar bersungguh dalam melaksanakan kwajipan di bulan Ramadhan, mudah mudahan jaminan taqwa yg diberikan Allah hasil dari tarbiyah Ramadhan.

[disadur dr artikel ust hasrizal dr blognya, beserta tokoh tambah penulis-dibaca di mimbar masjid jame'Dong-28ogos2009]

puasa dan hakikat kejadian insan

Sedar tak sedar dah seminggu berpuasa. Tujuh hari menjalani latihan di bulan penuh berkat ini, hanya empunya diri masing masing yang dapat menilai sejauh mana kesannya setakat ini.

Tazkirah di surau sungai jahit dlm seminggu ini lebih menjurus kepada hakikat kejadian insan. Cuba memperbaharui semula ingatan kita sebagai manusia, tentang tanggungjawab tanggungjawab yang sejak asal lagi diamanahkan oleh DIA atas setiap yang mukallaf.

al-qaradhawi: bagaimana ifthar di udara??


FATWA SYEIKH AL-QARADAWI MENGENAI WAKTU BERBUKA PUASA BAGI MEREKA YANG BERADA DI UDARA

As-syeikh Dr. Yusuf Al-qaradawi, ketua persatuan ulamak seduni telah mengeluarkan fatwa pada hari ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang.



Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.

Salam Ramadhan

slm Ramadhan....

ucapan di hari ke3 ramadhan...hari pertama dan kedua menyambut ramadhan di desa tercinta...mmg x sempat nak update blog...kalau di kampung..malam semalam selepas terawih baru pulang ke uia..sbb apa balik malam?sbb tumpang sepupu yg nak balik malam....ramai musafir pulang di malam hari di bulan2 puasa ni...mungkin x nak terlepas terawih..alhamdulillah..

Ramadhan yg dirindui mukmin sedang kita lalui. Sudahkah kita semua bersedia melalui bulan tarbiyah ini utk kali ini, yang entah ke berapanya bagi diri kita. Bersediakah kita untuk menjalani proses latihan yang menawarkan ketaqwaan sebagai ganjaran jika menjalaninya dengan benar benar sempurna.

Mata kita akan melihat fenomena yg sama setiap kali Ramadhan. Fenomena yg baik, ya mengapa tidak baik? Pertambahan insan insan yg ingin melakukan kebaikan.antara yg pasti kita lihat imarahnya masjid masjid, surau surau dengan jemaah terutamanya di malam hari kerana solat terawih. Walaupun ada yg menyelitkan tazkirah di celah2 rehat terawih, org ramai masih sanggup duduk seketika menunggu utk menyambung kembali terawih. Hebatnya Ramadhan!!

Ramadhan memang hebat!! Allah menciptakan bulan Ramadhan dengan anugerah anugerah di dalamnya, yang menarik minat kita untuk merebutnya di dalam bulan yg mulia ini. ramai yg nampak kehebatan ini, sebab itu ramai yg merebutnya.


sama samalah kita beringat, yg kita diciptakan sebagai hamba yg tugasnya mengabdikan diri kpd Allah bukan di bulan Ramadan shj..bahkan di bulan2 lain juga...cuma Ramadhan Allah kurniakan di dlmnya anugerah2 dan nikmat2 yg setengahnya x ada di dalam bulan yg lain...

jgn kita lupa, kurniaan paling besar anugerah Tuhan di dalam Ramadhan ialah jaminan ketaqwaan jika kita melalui bulan tarbiah ini dgn sempurna....inilah kehebatan Ramadhan yg ramai manusia tidak menyedarinya...mungkin kerana itu kita hanya berlatih di bulan Ramadhan, kemudian tamat latihan....tamatlah segalanya..

tidak dijadikan jin dan manusia melainkan utk mengabdikan diri kpd Allah yg esa...sama2 kita refresh renungan hakikat kejadian kita...di bulan Ramadhan yg mulia ini...mari kita jadikan Ramadhan kali ini pintu utk meningkatkan ketaqwaan kpd Allah...semoga istiqamah dlm amalan menjadi milik kita di dalam dan luar ramadhan

siiru ala barakaatillah...

4.16pm-24ogos2009



HUKUM BERENANG KETIKA PUASA

Hukumnya berbeza berdasarkan perincian berikut; 

1) Orang yang mahir berenang, dan dapat mengawal dirinya ketika berenang daripada masuk air dalam rongganya
Maka hukum berenang dalam keadaan ini sama seperti hukum mandi pada bulan puasa. 
Para ulama telah menjelaskan hukumnya adalah HARUS. 

i- Imam Bukhari membuat tajuk dalam kitab sahihnya "Bab: mandi bagi orang puasa". yakni: keharusannya. 

ii- Beliau menukilkan secara taklik, bahawa Anas bin Malik berkata: "Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kolah dan aku memasukinya ketika aku berpuasa". 
Dalam Fathul Bari, Ibn Hajar membawa athar ini secara mausul dengan lafaz: Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kolah, apabila aku merasa panas, aku memasukinya sedangkan aku berpuasa". 
kata Ibn Hajar: Seolah2 kolah itu dipenuhi air, dan apabila Anas merasa panas, beliau masuk ke dalamnya. 

sebelum ilmu dan semangat....

saya teringat salah satu perkataan dr sabri..iaitu antara perbualan sampingan kami...beliau ada menyebut kepentingan tarbiyah sahsiah dlm diri seseorg muslim dlm bekerja utk Islam...

kami di kampung cuba menghidupkan surau yg telah lama tidak imarah, dgn daya usaha semampu yg kami ada. namun kami menyedari, ada kelompangan. kenapa? mereka dtg hanya utk program yg dianjurkan. kalau selepas maghrib, memang selepas maghrib la datangnya, tidak pula mengambil kesempatan dtg berjemaah maghrib bersama.begitu juga kalau selepas isya. jika tidur di surau, boleh pula ada yg terus start motor tanpa subuh bersama2, sekurang2nya subuh berseorangan..dlm halaqah2 ilmu pula, shbt saya kepelikan melihat gelagat sebahagian mrk yg ala ala kadar..katanya ingatkah mereka apa yg kita ajar tanpa mencatat walau satu huruf..

adakah kita terlampau berlembut?kata saya. sebab kita bimbang kalau terlampau tegas nanti, akhirnya semua org akan lari...mungkin hanya tinggal kita sahaja..

akhirnya satu malam ketika kami duduk berdua berbincang tentang pengisian ramadhan di surau, kami temui satu jawapan. kesilapan di pihak kami rupanya, kami mengisi pendengar dengan ilmu, tanpa memahamkan kenapa perlu kpd ilmu itu!!sebab itu mungkin sebahagian kehadiran atas semangat menghidupkan surau!!kerja tidak akan jadi dengan semangat semata2!

akhirnya kami membuat keputusan. tumpuan sebenarnya dan utamanya-pembentukan peribadi muslim.hakikat kejadian insan perlu diterangkan. kenapa Allah mencipta kita di dunia ini.dan disebabkan tujuan2 inilah kita perlukan ilmu..kita berhajat pada amalan..

mudah mudahan Allah permudahkan perancangan kami, dan mengkabulkannya dlm bentuk pelaksanaan

2.57pm-17/8/09


saya baru pulang dr berjemaah zuhur di masjid, ada mesej dr kakak saya di kuala lumpur. ustaz Asri Rabbani meninggal dunia. terkejut saya, sambil melafaz inna lillahi wa inna ilaihi roji'un..saya ke ruang tamu, membuka laptop, nak thabitkan berita..


sama sama kita doakan beliau..

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu anhu


saya lampirkan luahan sahabat2 beliau, yg saya petik dari




Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pahlawan Nasyid


Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.
Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara �emas� itu amat sukar dicari ganti.

"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.

"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.


Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam,40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.


"Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,"ujarnya.
Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis.


Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.


Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani 'Azadan' menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.


"Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,"ujarnya.


Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman 'zikir' bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

"Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,"ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.


2.59pm-13/8/09
Asri Rabbani meninggal dunia

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA dan METRA SYAHRIL MOHAMEDpengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Mohd. Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia kira-kira pukul 11.45 pagi selepas tidak sedarkan diri di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri hari ini.

Allahyarham bersama kumpulannya sepatutnya menyanyikan lagu tema sempena pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan RTM.
Allahyarham yang mesra dipanggil Ustaz Asri rebah kira-kira pukul 10 pagi ketika membuat latihan nyanyian lagu tema tersebut bersama anggota Rabbani lalu dikejarkan ke Hospital Pantai, Bangsar sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Allahyarham dikebumikan malam tadi selepas Maghrib di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa ke rumah ibunya, Rubiah Ehsan, 70-an di Jalan Ikan Kelisa, Kampung Bukit Lanchong untuk disembahyangkan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Haliza Shahadan, 38, serta enam anak iaitu Mohd. Nasimudin, 15; Mohd. Fathi, 14; Nur Afikah, 12; Mohd. Ilham, 10; Sufiyah Munawarh, 6 dan Hamdi Rabbani, 4.
Menurut isterinya yang juga dikenali sebagai Noor Janah, dia dan anak-anak serta keluarga reda dengan pemergian Allahyarham meskipun berat di hati menerima takdir tersebut.
Menceritakan detik-detik sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Noor Janah berkata, malam tadi, Allahyarham mengajaknya makan malam berdua di luar.
''Allahyarham menyuruh saya memesan apa sahaja makanan yang saya mahu. Pulang sahaja ke rumah, kami terus menonton televisyen berdua.
''Pagi ini, dia mengadu pening kepala dan badannya berpeluh-peluh. Tetapi, dia gagahkan juga ke pejabat.
''Sebelum dia ke RTM untuk rakaman program Syahadah, saya sempat melihat wajahnya, salam dan cium tangannya. Cuma saya tidak sempat untuk memeluknya dengan erat seperti kebiasaan,'' katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.
Haliza memberitahu, soal dirinya dan anak-anak selepas ini, dia bersyukur kerana semuanya telah terlatih untuk hidup berdikari.
''Allahyarham banyak menghabiskan masa dengan aktiviti dakwah dan nasyid.
''Tahun ini, dua anak kami akan menjalani peperiksaan penting iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Insya-Allah kami akan tabah jalani hidup selepas ini," jelasnya.
Sementara itu, seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Ubaidullah ketika ditemui memberitahu, sebelum memulakan latihan, Allahyarham batuk dan wajahnya pucat.
''Bagi meredakan batuk, Allahyarham sempat minum air limau dan madu. Bagaimanapun, Allahyarham muntah-muntah sebelum bertolak ke Angkasapuri.
''Walaupun kurang sihat, Allahyarham tetap mahu meneruskan latihan,'' katanya ketika ditemui di Hospital Pantai.
Selain anggota Rabbani, pekarangan Hospital Pantai dipenuhi hampir 100 kenalan dan keluarga terdekat Allahyarham termasuk Nash, Yasin Sulaiman, Amy Search, Mas Omar, Nazrey Johani, Ramli MS, Ali Mamak, Hafiz Hamidun, Ina Naim dan suaminya, Suhaimi.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya yang ditemui di Hospital Pantai memberitahu, ketika kejadian, dia melihat pelbagai usaha telah dilakukan oleh anggota Rabbani bagi menyelamatkan Allahyarham.
Katanya, biarpun keadaan cemas, pelancaran program Syahadah tetap diteruskan.
''Secara peribadi, saya sifatkan ini sebagai satu kehilangan besar buat industri nasyid kontemporari. Memang sukar mencari bakat sepertinya,'' kata Ibrahim.
Asri yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor memulakan penglibatan bersama kumpulan Rabbani pada 1 Mac 1997. Sebelum Rabbani, kumpulan tersebut dikenali sebagai kumpulan Nada Murni.
Selama 12 tahun memperjuangkan irama nasyid, Rabbani telah menghasilkan sebanyak 19 buah album termasuk ARAH (1998), Muhammad Ya Habibi (1999), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Iqrar - 1421 (2001), Yalla Beena (2004) dan Nostalgia Nada Murni (2008).
Bersama Rabbani, pelbagai kejayaan diperoleh oleh Allahyarham antaranya memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 bagi kategori Album Nasyid Terbaik, Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album, Album Terbaik 2001 kesemuanya menerusi album Iqrar - 1421.
Menerusi AIM juga, Rabbani pernah memenangi Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) serta Lagu Nasyid terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).
Rabbani juga pernah memenangi Artis Nasyid Popular sebanyak lapan kali di Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian.

Thesis: langkah bermula


pagi tadi, setelah puas membuta[konon tidur atas lantai ingatkan bleh bangun cepat..sama je], cepat2 bangun untuk jumpa musyrif. bersemangat selepas tension menunggu tajuk disahkan oleh majlis syura dept fiqh usul fiqh..sampai bilik dr, ada org lain dah masuk.alhamdulillah dia masuk x lama.

perkara yg kami bincangkan mula2 sekali ttg tajuk thesis[terpaksa dirahsiakan supaya tak dicuri org heheh] ialah nak buat kajian fekah atau dari sudut usulu fekah. dr. pun x berapa jelas sebenarnya ttg apa yg nak kubuat ni.sbb tu kami kena bincang sebelum proposal sebenar ditulis.ikut tajuk yg disubmit hari tu, dan pra-proposal yg dibawa hr ni, ianya satu kajian usuliyah.dr beritahu tajuk ni amat sesuai utk bidang praktikal, dikaji dr susut fiqh. seelok eloknya kalau nak buat kajian usul kemukakan tajuk baru. saya memberitahu dr, kajian usul fiqh utk tajuk ini bermula ketika berbincang dgn dr basyir soulhi, kerana majoriti subjek yg saya ambil subjek usul, saya bercadang menulis tajuk ttg usul. lalu beliau mencadangkan demikian.

dr sabri buka cerita ttg meeting ahli syura. kebetulan beliau ada dlm meeting, krn salah satu yg dibincangkan thesis di bawah kelolaan beliau. kata beliau, tajuk saya ni antara yg dibincangkan ahli syura-hangat juga la tajuk saya ni hehehe-sebab kesesuaiannya dengan kajian usul, para pensyarah usul fiqh lebih mempertahankan tajuk itu terus ditulis dlm usul fiqh. dr sabri beritahu ketika itu beliau mencelah, beliau kenal pelajar yg buat tajuk itu, dan beliau sebut saya lepasan fiqh masa ijazah dulu. akhirnya tajuk saya diterima, dengan sedikit ubahan di hujungnya- kajian fiqh perbandingan- asalnya-kajian usul fiqh.

alhamdulillah kami berbincang tentang tajuk ini, apa yg perlu saya buat. dr sabri byk memberi idea2 yg bernas, alhamdulillah saya rapat juga dgn dr sejak degree lagi. bahkan dr lah salah seorg yg bagi surat sokongan utk master. baarakallahu fiih, wa hafizahullah.

doakan agar saya mulakan langkah ini dengan betul, agar dapat saya akhiri nanti dgn kejayaan. setiap kejayaan bermula dengan langkah yg pertama!

ilalliqo!!
4.17pm 11 august2009

akhirnya satu penantian (cehh tajuuk)

dah lebih sebulan sejak sheikh affandi tlg hantarkan cdgn tajuk thesis master...shbt2 yg lain dah mula menulis proposal...saya pula tajuk x selesai2 lagi

maka pagi ini cuba menghubungi jabatan fiqh dan usul fiqh universiti islam antarabangsa...alhamdulilah hari ini al-akh luqman masuk ofis...alhamdulillah setelah disemak tajuk thesis saya diterima, musyrif pun dah ditentukan. salah seorg musyrif yg saya cadangkan diteima utk membimbing saya dlm menyiapkan tugasan ini...alhamdulillah...

jadi apa ditunggu lagi wahai diriku...hari tu dok risau tajuk diterima ke tak..hari ni dah diterima..kena mula kerja cepat2!!

11.14am-6/8/09

al-Muwaalat di dalam solat jamak

Muwalat di dalam solat jamak

- muwalat ialah berturut turut dalam dua perkara, tanpa senggang masa yg lama. Di dalam solat jamak, ia bermaksud kedua dua solat yg dijamakkan tidak boleh dipisahkan dengan senggang waktu yang lama.

Muwalat dalam jamak taqdiim

As-syafii dan ashab berpendapat, jika seorg musafir mahu jamak solat pada waktu pertama –jamak taqdiim- disyaratkan utk menjadikannya sah 3 perkara… Perkara ke3: al-muwalat-berturut2, inilah pendapat terpilih dlm mazhab, dan dinaskan oleh syafi'I, dan penulis [imam as-syiirazi] dan jumhur memutuskan utk menjadikannya syarat. Ini juga merupakan pendapat jumhur ulama feqah.

Bagaimanapun terdapat satu pendapat lain di dalam mazhab, yg mengharuskan jamak walaupun berlaku senggang yg lama antara dua solat, selagimana tidak keluar dari waktu pertama- abi said al-astokhari, ar-Rafi'I, abi ali as-saqafi. Pendapat ini juga merupakan salah satu pendapat imam Ahmad, dan pendapat yg dipilih oleh ibn taimiyah.

Hujah mereka[ulama syafi'iyah yg berpendapat demikian], bahawa As-Syafi'I menyebut dlm al-um, jika seseorg solat maghrib di rumahnya dengan niat jamak, kemudian dia datang ke masjid, solat isya, ianya harus. Dan nas ini ditakwil di sisi ulama yg berpendapat dgn pendapat pertama.

“Assalamualaikum Ustaz,” saya memberi salam sambil mengetuk pintu.

“Wa alaikum al-Salaam wa Rahmatullaah wa Barakaatuh,” jawab Ustaz Zamri, Pengetua sekolah.

Salam sentiasa beliau jawab dengan ungkapan penuh, teladan buat anak-anak muridnya.

Saya resah melihat wajah Ustaz Zamri yang cemas. Sudah hampir 6 tahun saya duduk di bawah didikannya. Air muka beliau sudah amat dekat dengan diri saya. Cemasnya, gembiranya, marahnya, sudah nampak sebelum terbit kata-kata mengiyakannya.


“Ada apa-apa masalahkah ustaz, saya dipanggil ke bilik?” saya memberanikan diri bertanya.

“Ana mahu bertanya kepada anta sesuatu. Anta jangan terkejut dan jawab dengan jujur…" Tuan Pengetua menuturkan kata. Tegas, tersusun dan berat bunyinya.

“Insya Allah,” saya menjawab.

“Malam tadi ada sekumpulan pelajar datang ke rumah ana. Mereka memberitahu ana bahawa anta telah memberitahu pelajar-pelajar lain di sekolah, menuduh ana sebagai agen Yahudi dan Nasrani di sekolah ini. Benarkah cerita itu?” tanya Ustaz Zamri kepada saya.

“Astaghfirullaah!!!!” saya hampir putus nyawa.

Terkejut dan tergamam.

Saya menekap tangan di dada menahan degup yang kencang. Bagai dipanah halilintar.

“Astaghfirullah. Ya Allah, ustaz…. walaupun ada salah faham berlaku antara ana dan ustaz, ustaz marah dengan ana, dan ana juga ada rasa marah dengan ustaz, tetapi demi Allah, Wallahi, ana tidak pernah dan tidak sekali-kali akan bercakap seperti itu. Ia tuduhan yang amat berat ustaz. Fitnah yang amat besar,” saya memberitahu.

“Ya, ana kenal anta. Ana tahu anta tidak akan memfitnah ana begitu. Zaujah ana juga menangis semalam semasa mendengar kisah ini,” kata Ustaz Zamri.

“Siapakah mereka ustaz?” saya meminta kepastian.

“Biarlah ana rahsiakan. Mereka memberitahu yang ketika sekolah menyokong anta, mereka tetap menyokong ana!” beritahu Tuan Pengetua.

Saya menghormati tindakan Ustaz Zamri merahsiakan nama pelajar-pelajar yang memfitnah saya itu.

“Siapa lagi yang tahu akan hal ini?” saya bertanya lagi.

“Hanya anta, ana dan zaujah ana, serta pelajar-pelajar itu,” kata beliau lagi.

Saya sudah hilang perkataan. Tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.

kisah selanjutnya baca di sini

http://saifulislam.com/?p=6419#more-6419

cerita pagi

pagi ini seperti biasa bangun bersiap untuk menghadiri muhadarah dr anis malik toha..sampai seperti biasa ada hadirin hadirat yg dah tiba awal..tp seperti biasa pintu itu masih berkunci..




bila dah ramai kami mula la buka cerita..syed hafiz dgn video kiriman sepupunya..fresh lagi..bru dpt..mlm td ada kilang terbakar..melarat ke rumah lalu terbakar..dlm api terbakar tu nampak jin..jelas juga lah video ada tengkorak di atas julangan api..pas tu ustz2 lain pun buka cerita jin2 juga la..

kelas x ada...
di celah2 itu seorg shbt kami ustaz dr yaman sampai dgn khabar [gembira?]. dr anis x dapat hadir pagi ini, beliau bermusafir ke sarawak..jadi perlahan lahan dan beransur2 kami meninggalkan medan menunggu itu...

settlekan saman kunci patah


10.30 am awal lagi...boleh setelkan pasal saman akibat kepatahan kunci..kaki laju melangkah ke bank muamalat..ramainya manusia nak berurusan..ambik no giliran...eh..lagi 30 org kena tunggu giliran...batalkan niat..terus ke maktabah..kira2 jam 12 lebih pergi sekali lagi...sama mcm pagi tadi...lepas zohorlah detik hati [saya memang lemah bab nak menunggu2 ni]

selepas zohor alhamdulillah barulah bank lengang..selesai urusan saya membawa slip bank td utk diserahkan kpd unit perundangan pulak utk disahkan saya dah bayar saman..alhamdulillah selesai juga perkara ini..

gelang, rantai dan perubatan



isu terbaru kampung saya...yg saya hanya sempat berbincang sedikit2 dgn ustaz2 sebelum saya pulang ke uia..saya pun belum bersedia keluarkan kenyataan rasmi dr diri saya utk perkara ini..saya dlm proses merujuk...kalau ada apa2 maklumat bolehlah hantarkan kepada saya..

3.43pm-3/8/09

dr MAZA: Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu

Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu
Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis ‘hukuman sebat ke atas peminum arak’ di Pahang. Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama. Banyaknya urusan menjadikan saya ‘ketinggalan bas’ kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.

Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.

Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.

Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan ‘Abd Rahman bin al-‘Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).

Tindakan Khalifah ‘Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).

Lebih daripada itu, dalam hadis menunjukkan pesalah minum arak ada yang dipukul dengan tangan, kain, dan selipar sahaja. Tiada ketegasan yang jelas dalam kaedah pukulan. Pun memang hukuman sebat dalam Islam bukan seperti sebat yang ngeri di penjara sivil yang biasa kita dengar dan lihat. Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar.


- gambar hiasan

Lebih daripada itu, Islam tidak benarkan kita mengutuk pesalah yang dihukum. Dalam riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: “Allah telah menghinanya”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu”. Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi.

Dalam hadis ini menunjukkan hukuman itu berjalan hanya sekadar dengan kain atau tangan atau selipar, tujuannya bukan untuk menyeksa, tapi mengingatkan. Janganlah pula berlebihan, hukumannya hanya pukulan tersebut maka tidak perlu diikuti dengan cercaan. Maka sesiapa yang merasakan dirinya pejuang Islam, janganlah menokok tambah dengan makian kerana itu tidak serasi dengan tabiat perlaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Hudud

Ramai yang bercakap tentang hudud. Namun ramai juga, sama ada yang bersetuju atau membantah tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam banyak perkara mengenainya. Ramai yang blind imitation dalam memperkatakan hukuman jenayah dalam Islam ini. Sama ada hanya terikut-ikut dengan media, atau terikut-ikut teks kitab-kitab lama.

Ramai yang tidak menyemak tentang maksud, kaedah, keadaan, suasana dan keluasannya. Seseorang muslim yang faham tidak mungkin menentang hudud, tetapi mungkin bertanya adakah suasana yang menyebabkan perlaksanaan hudud yang adil dan berkesan wujud pada sesuatu tempat dan masa untuk menjadikan ia mencapai tujuannya?

Apabila syarat dan suasana itu wujud, maka hudud dilaksanakan. Ketika itu akan dapat dilihat keadilan, keindahan dan kesan hukuman tersebut yang bertujuan untuk kebaikan manusia. Untuk melihat hudud secara lebih luas dan tidak fanatik mazhab atau pandangan tertentu, karya Mohamed S. El-Awa, Punishment In Islamic Law antara yang baik untuk dibaca di zaman kini.

Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapohan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.

Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang conducive itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Suasana

Ada beberapa email yang menarik perhatian saya mengenai hukuman arak di Pahang itu. Ada yang menyatakan kepada saya, mengapakah peminum arak sahaja dihukum, sedangkan taukeh-taukeh arak yang beragama Islam dibiarkan? Sedangkan mereka ini ada memakai gelaran yang hebat-hebat dan ‘disembah hormat’ oleh rakyat.

Ada pula berkata: “Mengapa kes model itu begitu cepat diproses, sedangkan saya yang menderita kes rumah tangga saya sudah bertahun lamanya, mahkamah syariah belum putus apa-apa?”. Berbagai lagi sungutan yang lain.


- gambar hiasan

Memang itu semua bukan justifikasi untuk peminum arak dibiarkan, tetapi hukuman apabila tidak kelihatan adil atau seragam, manusia akan membuat berbagai alasan dan akhirnya tujuan dan keindahan hukum itu hilang. Para ulama dan pejuang Islam mempunyai tugasan yang berat untuk memboleh Islam dalam bentuk dakwah dan pendidikan itu menjelma dalam bentuk hukuman dan perlaksanaan yang adil dan saksama.

Maka tidak munasabah dipotong tangan pencuri dalam masyarakat yang lapar dan terdesak. Tidak munasabah dihukum hudud orang berzina dalam masyarakat yang unsur zina bertebaran, perkahwinan disusah-susahkan, kes perceraian ditangguh-tangguhkan dan berbagai keadaan yang mendorong kepada zina.

Munasabahkah dilaksanakan hukuman murtad dalam dunia yang penuh keliru dan kegagalan golongan agama dan pemerintah merongkaikan kekeliruan secara berkesan. Apatahlagi hukuman murtad itu sendiri mempunyai berbagai penafsiran.

Perjuangan penting para pendakwah Islam masakini adalah memberikan pendidikan dan kefahaman yang jitu mengenai Islam. Generasi kini terdedah kepada berbagai perkara. Sudah banyak email saya terima daripada anak-anak muda melayu yang bukan sahaja tidak percayakan Islam, bahkan meragui kewujudan Tuhan.

Inilah epidemic yang sedang meningkat dalam dunia ini iaitu atheism yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, atau seperti pelakon Brad Pitt yang tidak dapat membuat keputusan Tuhan wujud atau tidak yang disebut sebagai agnosticism. Mereka ini sedang memenuhi Dunia Barat hari ini dengan peningkatan yang menakjubkan.

Laman-laman web mereka mengganggu minda sebahagian orang Islam yang tidak terdedah kepada Islam yang berteraskan hujah dan fakta. Hanya sekadar pernah mendengar ceramah kartun dan lawak oleh sesetengah penceramah. Ceramah atau pengajaran agama yang tidak memenuhi piawaian cabaran zaman kini akan gagal menyelamatkan generasi kita.

Ya, kita mahu Islam, kita mahu suasana Islam dan kita mahu hukum berteraskan Islam. Namun itu semua tidak boleh dicapai dengan mudah, memerlukan pengembelingan tenaga yang serasi dengan suasana kita. Pemerintah dan rakyat hendaklah ada kesungguhan. Islam yang hendak ditonjolkan hendaklah membawa kepada sangkaan baik manusia terhadap Allah dan RasulNya, bukan mengelirukan mereka. Bak kata Nabi s.a.w: “Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu”.

http://drmaza.com/home/?p=685#more-685


masa di dalam bas mara liner td, pulang dr keramat ke raub, tetiba teringat ttg kunci bilik Uthman PG1.23...seluk dlm poket x ada...tengok dlm dompet tak ada...ah sudah...sampai rumah check dompet dgn teliti..pun x ada...

tinggal dekat mana ni?dekat pekeliling ke?dekat tempat ngaja lg ke?aduii...akhir2 ni memang diri ni agak "lidir" kata org dong..hati berdoa , moga2 kunci tu ada di rumah ust hanafi @ dlm keter myvi bru dia tu..lupakan kejap bab kunci...cuba menenagkan diri dengan menelaah kitab al-majmu syarh muhazzab dgn maktabah syamilah..

bukan apa...minggu lepas baru kena charge pasal kunci gak..kunci bilik uia yg spesel tu boleh patah!! apply rayuan kurangkan denda kuranglah rm10...[dulu rayuan pasal keeping pets in kolej x yah byr langsung heheh] dan hari tu ofis bg satu2nya kunci bilik tu yg tinggal...kalo ilang betul la...ntah berapa plak kena...x masuk kena bebel lg tue..

msj ustz napie...lama gak tunggu...akhirnya blsn sms pendek ustz napi "ada" melegakan segala keresahan..

esok balik uia akan singgah rumah ust napie dulu..amik kunci..alhamdulillah..

12.04am-2/8/09

Majlis Fatwa Kebangsaan Kena Keluarkan Fatwa ISA
Disiarkan pada Jul 28, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan | Tiada Komen

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.

Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.

Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.
http://drmaza.com/home/?p=683

Persoalan Tentang Jenazah Seorang Tokoh Seni
Disiarkan pada Jul 30, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |
Bertalu-talu email meminta saya mengulas tentang jenazah seorang tokoh seni. Ada perkara negatif yang sebutkan untuk ‘tokoh seni’ yang sudah pun meninggal itu. Asalnya, jangan disebut lagi apa yang telah berlalu seperti itu, melainkan untuk pengajaran dan hukum sahaja. Di sini saya rumuskan jawapan saya seperti berikut;

Pada asasnya saya enggan mengulas, namun sekadar kenyataan umum untuk semua. Pada saya, hal seperti ini, sesuatu jenazah diurus sebagai seorang lelaki muslim, jika pasti dia seorang benar-benar lelaki asalnya. Namun jika tidak pasti, mungkin dia khunsa atau sebagainya, dan dia telah menjalani hidup sebagai seorang perempuan, maka anggaplah dia sememangnya perempuan.

Dengan cara tersebut, kita bersangka baik kepadanya dan tidak ‘tajassus’ atau mencari-cari keburukannya. Kita tidak disuruh untuk menyelak rahsia peribadi insan apa yang tidak zahir atau tidak kita ketahui dan pasti. Kita hukum berdasarkan apa yang nyata sahaja. Allah lebih mengetahui hamba-hambaNya.

Kita doakan keampunan dan rahmat Allah untuknya. Adapun tindakan dan perbuatannya, jika ada yang salah, kita serahkan kepada Allah, Dia Yang Maha Mengetahui setiap hambaNya. Setiap hamba ada rahsia yang tersendiri antara dia dan Allah Yang Maha Pengasih, apa yang kita tidak tahu. Ya, perbuatan yang salah kita tidak restui, yang haram tidak akan kita halalkan, namun kedudukan seseorang insan di sisi Tuhannya kita tidak pasti. Seseorang mungkin bertaubat, memohon keampunan, mengadu masalahnya yang tersendiri kepada Allah apa yang kita tidak tahu. Kita bukan penentu syurga dan neraka seseorang.

Ya, perbuatan yang salah, tetap salah di sisi syarak. Namun keadaan atau kedudukan setiap pesalah di sisi Allah tidak sama. Mungkin insan yang zahirnya buruk, namun keampunan Allah melimpah untuknya disebabkan perkara-perkara yang tidak kita ketahui. Mungkin juga seseorang kelihatan baik pada sisi manusia, namun dia keji di sisi Allah. Allah menimbang setiap insan amalan baik dan buruknya. Sesiapa amalan baik melebihi amalan buruknya, maka selamatlah dia. Begitulah sebaliknya. Perbuatan yang salah jangan diulangi.

Adapun beliau sudah pun meninggal, kita dilarang mencerca jenazah muslim atau bukan muslim pun hanya kerana maksiat peribadinya. Juga kita mengungkit dosa peribadi, apatahlagi mencari-cari perkara yang tidak pasti. Bahkan kita disuruh mendoakan keampunan Allah untuk setiap saudara muslim, semoga Allah juga mengampuni kita pada hari kita bertemuNya nanti.

-dr mohd asri zainul abidin- lampeter, uk.
http://drmaza.com/home/?p=684#more-684