walimah Dr Azimullah

31mei2009-memang ditunggu tunggu, hari walimah perkahwinan sahabat baik saya, mohd azimullah,rakan yg kiranya seiring sejalan dlm perjuangan, dari matriks hingga ke maincamp, dan sekarang.

sedikit mengenai azimullah, beliau graduan perubatan uia cawangan kuantan, kiranya doktor azimullah. beliau ni boleh saya kategorikan protaz, profesional yang hebat ilmu wahyunya.saya katakan begitu sebab perbincangannya dengan saya selalunya memang menyentuh ilmu wahyu dan isu berkaitan.

majlis berlangsung di dewan universiti teknologi malaysia kL. ke sana bersama sama napi,isey,dan lan, dengan menaiki myvi baru napi.

okla..saya serahkan gambar2 ini utk bercerita pulak...



kami sudah makan, dan oleh sebab pengantin x selesai makan lagi kami solat zuhur dahulu. sekarang tengah menunggu "giliran" bertemu dengan pengantin..



bergambar kenang kenangan dengan sahabat baikkku, mohd azimullah
gambar ramai2, baju ijau ustaz isey, baju biru gelap ustaz alan. ustaz napi x ada dlm gambar sbb jadi jurugambar sukarela

alumni ikatan pelajar pahang di matriks dulu hehehe...yg lain x datang
buat azimullah, ana doakan satu doa yg warid utk pengantin buat
anta,seperti yg diajarkan oleh rasulullah s.a.w:
“Semoga Allah memberkati mu, berkat Allah keatas mu dan Dia menghimpunkan
kedua kamu (suami isteri) dalam keberkatan” [riwayat imam Ahmad dan empat sunan
yang lainnya].


31-mei-09-4.26pm

isu SYIAH la pulak!!

sedang saya duduk di sebelah ayahanda berbual sambil menikmati nasi lemak usai satu usrah, seorg dtg menegur kami. setelah ayahanda usai makan, beliau mula berbual dgn saya.

katanya ada seorg pensyarah, dia komen pasal syiah.sampai cakap org syiah itu kafir. jadi beliau ini tidak setuju, sepertimana kita tahu kalangan ahli gerakan islam yg kagum dgn revolusi iran amat tidak selesa bila syiah diperkatakan.

katanya lagi,amerika tu org cerdik, dia mengkaji, kalau lah dia tahu syiah tu ajaran islam yg x betul dah tentu dia tak akan tentang. tapi syiah musuh no1 amerika. tentulah org yg jln perjuangannya betul ditentang musuh Islam"

saya setelah itu menerangkan serba sedikit kpd dia, tentang akidah org syiah imam 12, ja'fariah,, bagaimana akidah mereka thadap para shbt hingga mereka kekurangan sumber hadis lantas diangkat kata2 imam2 ke taraf hadis...

dlm angin malam menunggang honda C70 pulang ke teratak ayah bonda, hati saya terdetik:"mudahnya menilai kebenaran...dengan melihat kpd amerika pun boleh menilai "perjuangan Islam" mana yg betul!!

saya? atas timbangan neraca Quran dan sunnah!!

11.47pm-26mei2009

hukum mogok lapar


p/s: arnab kalau mogok lapar senang saja...jangan diberi makanan lain...nanti dia akan lapar dan makanlah dia...sekadar hiasan dan santai,tiada kena mengena dgn tajuk :P

Mogok lapar!!

terkini, timbul pula isu mogok lapar dalam kemelut politik di negeri kejor yop kejor.....mogok lapar..dan ada yg gabungkan mogok lapar atas nama puasa sunat...maka para ulama dan ilmuan tempatan - ustaz,mufti,bekas mufti,celup dan yg x celup[pinjam ust nik adli punya istilah] hehehe-memberi pelbagai pendapat berdasarkan ilmu masing2...

di malaysia ni seperti biasa, bila keluar pendapat akan ada yg kata ia bias kpd sesebelah pihak...sawaaun kaanat al-hukumah or the opposition's team..

ku milik Mu

Jauh kutinggalkan kisah semalam
Jauh ku tinggalkan duka kelmarin
Rusuh jiwa menyesakkan dada
Kecamuk hati ini tak pernah kuluah

Ketika kau kurniakan nikmatMu kepadaku
Terasa diri dilimpahi rahmatMu

Ku mohon
Engkau pimpinlah kelemahan hati ini
Agar aku selalu
di jalan redhamu
Tak putus memujimu
Moga tak kau biarkan dan lontarkan diriku
Bersama mereka yg di dalam kemurkaanmu

Tuhan kepadamu aku meminta
Jangan kau biarkan aku terleka
Dan tenggelam dalam nikmat dunia
Terlupa yg ku miliki semua milikmu

Hanyalah keikhlasan serta pengabdianku
Menjadi lafaz syukurku kepadamu


Kan ku kembali pada Mu Tuhan
Yang menciptakan

DR MAZA: orang politik pemurah pahala

Orang Politik Memang ‘Pemurah Pahala’

Disiarkan pada May 17, 2009 dalam kategori Politik |

Ramai orang politik memang pemurah. Semua orang cakap begitu. Sifat pemurah orang politik mempunyai banyak makna. Mungkin kerana ingin menolong orang lain disebabkan mereka merasakan mereka itu pemimpin. Mungkin juga kerana ingin menjaga undi dan sokongan. Sehinggakan Ketua Dewan Ulama PAS pun mengeluh tentang ‘unsur rasuah politik’ dalam partinya. Samada dinamakan rasuah atau apa sahaja; orang politik itukan pemurah?!

Sekalipun mungkin ada maknanya yang tersendiri. Ya! Kuasa, pengaruh, nama, pangkat dan segala yang berkaitan dengannya bukan mudah hendak dilepaskan, juga bukan mudah untuk diubati jika sudah mabuk. Benarlah kata tokoh umat Islam yang terbilang

al-Imam Sufyan al-Thauri (meninggal 161H):

“Aku tidak melihat paling kurangnya kezuhudan itu melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262).


Namun ramai orang politik dan ‘tidak politik’ bukan sahaja murah duit atau ‘harta dunia’ tapi juga murah pahala. Dengan mudah sahaja mereka memberikan ‘pahala’ mereka kepada orang lain, atau dengan mudah rela menanggung dosa orang lain jika mereka tidak dapat memberikannya pahala.

Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).


Hadis ini amat menakutkan. Inilah hakikat muflis atau bankrap yang hakiki. Adapun muflis dalam kehidupan dunia mungkin boleh diselesaikan atau berakhir. Namun muflis jenis ini membawa kesan dalam kehidupan ‘alam abadi’. Ya, kita semua jarang yang terlepas dari kesalahan ini. Namun kita selalu berusaha dan ingin mengelaknya. Malangnya, dalam kehidupan sesetengah ahli politik yang tidak berteraskan wahyu kita ada dapati bagi mereka memaki hamun orang, menuduh orang tanpa bukti, memakan harta orang atau rakyat, menumpahkan darah orang samada mencedera atau membunuhnya tanpa sebab yang diizinkan syarak bagaikan ‘rukun politik’ yang wajib dan ‘haram’ ditinggalkan. Lebih buruk lagi jika itu semua dihalalkan atas berbagai alasan.

Mengkritik dan memberikan pandangan berbeza dalam politik adalah tidak mengapa. Bahkan merupakan satu keperluan. Jika membabitkan hak rakyat, maka rakyat perlu dibela. Apatah lagi dalam ‘reka bentuk’ politik demokrasi yang diamalkan. Namun, memaki-hamun, mencerca, sehingga ada yang mencarut adalah bertentangan dengan syarak. Lebih buruk lagi ada yang mengutuk sifat peribadi orang lain yang Allah ciptakan seperti memperrsendakan ‘botak’, ‘hidung besar’, ‘mamak’ dan berbagai lagi. Makian, kutukan, sendaan itu dijadikan bahan ketawa yang ‘dikongsi dosa’ bersama pengikut dan penyokong.

Jika ada tuduhan terhadap musuh politiknya, belum pun ada bukti atau sokongan bukti, terus sahaja diperkatakan secara ‘yakin tanpa syak’. Bersorak sorai pengikut meraikan ‘kemurahan pahala’ orang politik. Sementara membelasah harta orang dilakukan oleh banyak pihak yang tidak jujur dan amanah. Namun, dalam banyak keadaan ramai orang politik yang mempergunakan harta rakyat untuk kepentingan dirinya. Demikian sejarah juga menunjukkan penumpahan darah dan penyeksaan ke atas hamba-hamba Allah yang lain sering mempunyai hubungan dengan politik.

Lebih buruk lagi, ada yang menghalalkan kesalahan-kesalahan tersebut atas alasan demi menegakkan kebenaran. Lalu dipetiklah kata-kata sarjana itu dan ini seperti al-Imam al-Ghazali dan al-Nawawi bagi menjustifikasikan perbuatan salah tersebut. Padahal jika dilihat kepada konteks huraian yang mereka sebutkan, bukan demikian maksudnya.

Mana mungkin mereka menghalalkan maki-hamun, carut-marut atau menuduh tanpa bukti atas alasan untuk menegakkan kebenaran. Kebenaran apa jika begitu rupanya?! Peperangan mempertahankan agama yang dihalalkan Allah dan rasulNya pun, tidak dibenarkan kita melampaui batas, apakah kita boleh melampaui batas ketika berpolitik ?

Firman Allah : (maksudnya)

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”. (Surah al-Baqarah: ayat 190)


Namun orang politik yang berperang untuk kerusi mereka melampaui batas.

Saya masih teringat seorang penceramah politik tertentu, beliau juga terkenal dengan alunan zikir munajatnya. Semasa saya menjadi mufti, beliau berceramah atas pentas politiknya bersama dengan pendengarnya mengalunkan ‘istighfar dan zikirnya’. Habis sahaja ceramah beliau memaki hamun saya di atas pentas yang sama dengan menggelar saya ‘bapa syaitan’. Beliau mahu memancung saya dengan tuduhan saya akan menulis buku khas mengkritik partinya dan beberapa tuduhan lain yang tidak benar. Padahal buku tersebut tidak pernah muncul dan saya tiada cukup masa untuk itu. Saya hanya tersenyum sinis melihat rakaman tersebut dalam you-tube. Saya juga mungkin berterima kasih atas sedekahnya itu untuk saya yang kekurangan pahala ini. Cuma saya begitu kagum ; bagaimana politik boleh menukar watak manusia daripada berzikir kepada memaki hamun orang. Maka jangan hairan jika politik boleh menukar manusia menjadi pencerca, perompak harta, penyeksa bahkan pembunuh sekalipun. Ya, orang politik memang pemurah pahala.

Sikap tidak professional yang dilakukan oleh orang-orang politik seperti inilah yang membantutkan manfaat intelektual dan menyumbang kepada keretakan masyarakat. Malangnya, hal ini sering dilakukan oleh orang politik yang sedang berkuasa, juga yang ingin mendapatkan kuasa. Apa tidaknya, jika seseorang yang memberikan pandangan yang berbeza atau mengkritik dalam batasan yang wajar diambil tindakan, maka terbantut idea-idea yang baik.

Juga, apabila tindakbalas itu diambil dalam bentuk maki hamun, atau kezaliman yang lain, maka retak dan bergeserlah masyarakat. Sebab itu, saya dapati dalam negara kita ramai intelektual takut, atau tidak dilatih untuk memberikan pandangan ‘ketiga’ atau yang berbeza dengan ‘kumpulan-kumpulan politik’ yang ada. Ini kerana, jika kumpulan atau badan politik itu mempunyai kuasa kita akan diambil tindakan secara kuasa. Jika mereka belum berkuasa, senjata cercaan, makian dan kutukan akan digunakan yang menyebabkan banyak pihak tidak mampu menanggungnya.

Dengan itu, sifat murah pahala orang politik itu bukan sahaja untuk pesaing politik mereka, juga untuk sesiapa yang enggan akur kepada pandangan mereka, sekalipun tidak menyokong musuh mereka. Sehingga kadang-kala kita mungkin kecewa dan perit dengan sikap yang seperti itu. Namun Allah itu adil.

Sabda Nabi s.a.w :

“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).


Cumanya, jika kita semua ; samada kita orang politik atau tidak, merenungi hadis ini dan yang sebelumnya, mungkin kita akan tidak pemurah pahala lagi, atau akan kurang pemurah. Ini kerana setiap kita memang sukar untuk mengawal tabiat ‘boros pahala’ ini, namun mengingati hadis ini akan membataskan kita. Sifat pemurah memang dianjurkan oleh Islam kerana ia boleh membantu orang lain juga mengeratkan hubungan antara kita. Namun, jangan pemurah pahala kerana ia merosakkan orang lain dan meretakkan hubungan antara kita.

sila kunjungi: http://drmaza.com/home/?p=606#more-606

bicara tentang guru

"SELAMAT HARI GURU USTAZ!!"- ucap seorang daripada mak cik yang mendengar kuliah fiqh manhaji malam tadi, sebaik sahaja saya menghampiri honda 70cc saya utk kembali pulang ke teratak ayahnda dan bonda. saya menguntum senyuman, mengangkat bungkusan plastik kuih koci yang dibekalkan mereka,"ini hadiahnya dah ada, kuih koci". kata2 saya disambut gelak kecil mereka...

seingat saya itu ucapan pertama hari guru yg saya terima sepanjang hidup saya yg baru setahun jagung ini.saya sungguh tak menyangka, penduduk desa ini terbuka pemikiran mereka, bukan sekadar guru guru sekolah yang diucapkan selamat hari guru..tapi setiap insan yg mengajar mereka..

kerja guru ibarat rantaian yg x pernah putus...kalau dulu kita guru kepada seorg murid, di masa depan mungkin murid itu pula menjadi guru kita..saya teringat seorg guru yg mengajar saya bahasa inggeris ketika di bangku sekolah dulu..sekarang beliau pula menjadi murid saya di dalam kuliah2 pengajian di masjid kampung saya..

saya mengkagumi salah seorg guru saya, yg sebahagian kami di kampung memang mengurniakan beliau gelaran tuan guru. saya berguru dengannya di masjid2 dan surau2, menadah dgn beliau. saya akui yg langkah saya sbg seorg daie banyak mendapat bimbingan dari beliau..boleh saya katakan beliaulah yg membina "ustaz shamil" ini..
kenapa saya kagum? kerana tawaduknya...dia boleh mengumpulkan kami anak anak muridnya, dan berbincang masalah2 yg sebenarnya dia tahu, tapi ingin melihat kalau2 anak2 murid punyai ilmu yang mungkin dia tidak sempat atau belum ketahui!!

Ya Allah, rahmatilah semua guru guru yg telah menyampaikan amanahnya dengan sepenuh daya usaha,dan berkatilah ilmu yang telah mereka curahkan..Amin..

3.30pm-19mei2009

ku milik Mu- episode2: meh dengar track



cuba untuk memaparkan lagu terbaru azhan atan dengan menggunakan youtube...tapi jadi macam suara chipmunk plak dah....rupa rupanya setting sound kat laptop ni yg teralih...

jadi nikmatilah corus dari "ku milik Mu" buah tangan terbaru dari Azhan Atan..nak dengar lagu penuh, boleh beli album dia la hehehe...tapi x silap dekat imeem ada yg upload lagu ni..

Ku milik Mu -Azhan atan

dah lama tak dengar cerita tentang juara akademi nasyid musim pertama- saudara Azhan atan. biarpun beliau juara yg tidak begitu meletup-seperti juara2 rancangan realiti lain[yg x berfaedah heheh], biarpun begitu,aktivis tegar Parti Islam SeMalaysia ini selalu muncul di pentas2 ceramah, majlis2 juga kempen kempen pilihanraya termasuk di kuala terengganu dan bukit gantang...terbaru, beliau muncul dengan album pertamanya- Ku Milik Mu-terbitan bersama hijjaz records, tv9 dan warner music.



pagi tadi, sempat ke giant batu caves bersama ust kunang, siraj munir dan ikhwan..terjumpa pula album ni dekat giant..[terjumpa?memang cari padahal.. :)]..tak semua lagu baru..ada yg dinyanyikan semula...

semoga al-akh Azhan atan terus gigih berjuang dengan wasilahnya tersendiri...teruskan kembaramu!!

5.34pm-15/5/09

4 cara salam berdasarkan hadis soheh

sengaja saya postkan posting ini, teringat satu kisah kontreversi di masjid kampung...bilamana seorg ustz arab jadi imam dia memberi salam ke kanan dgn lafaz tambahan wabarokatuh...lalu ada la org yg mufaraqah..menuduh khurafat, bid'ah...alhamdulillah dah selesai...dah diterangkan perkara yg sebenar...utk artikel ini kredit to http://as-sahih.blogspot.com/2009/05/empat-cara-berdasarkan-hadis-sahih.html

Diwajibkan menutup (mengakhiri) setiap solat dengan salam. Kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

تَحْلِيْلُهَا التَسْلِيْمُ
“Dihalalkan setelah mengakhirinya (solat) dengan mengucapkan salam”. (Hadis Riwayat al-Hakim dan Az-Zahabi, dan disahihkan oleh keduanya)Apabila melakukan atau mengucapkan salam, hendaklah mencontohi cara yang telah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.Berdasarkan hadis-hadis yang dibawakan ini menunjukkan ada empat (4) cara/kaedah dalam melaksanakan amalan salam yang dicontohkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bagi mengakhiri solat baginda iaitu:

Hukum Bukan Islam membaca al-Quran


قال تعالى: وَأَنزلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نزلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ [ النحل: 44]
Maksudnya: maka kami turunkan kepadamu al-zikr[al-Quran] ini, untuk engkau menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, moga moga mereka berfikir.

Ayat yang dibacakan sebentar tadi menerangkan kepada kita tentang al-Quran dan isinya mesti disampaikan kepada seluruh manusia, jesteru motif penurunan al-quran ialah untuk dakwah dan mengajak orang ramai ikut menganut ajaran,hokum hakam dan nilai nilainya.

Sebab itu rasulullah s.a.w menukilkan beberapa ayat al-Quran dalam suratnya kepada para pemimpin dari kalangan orang bukan Islam termasuklah pemimpin rom dan habsyah.

Dalam utusan baginda kepada Najasyi, antara lain baginda menjelaskan:
" saya mengajak anda agar menerima seruan Allah jesteru saya adalah Rasulullah. Oleh itu masuklah saudara dalam Islam nescaya anda akan sejahtera.."
Kemudian baginda memasukkan di dalam surat ini ayat berikut:
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلا نَعْبُدَ إِلا اللَّهَ وَلا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ- آل عمران (64)
Maksudnya: wahai ahli kitab, marilah kita menuju kepada satu kalimah yg sama antara kami dan kamu,bahawa kita tidak menyembah selain Allah, dan kita tidak mempersukutukanNya dengan sesuatu pun, dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain Tuhan selain allah, jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka, " saksikanlah kami adalah orang Islam". Kemudian baginda menyambung: " jika saudara enggan maka saudara akan menanggung dosa nasraninya kaum saudara.

Ayat al-quran yang sama juga disisipkan oleh baginda s.a.w dalam utusan baginda kepada Hercules raja Rom dan Muqauqus Raja kaum Qibthi di Mesir.

Di dalam surat baginda kepada Raja Parsi pula, baginda telah menyisipkan ayat berikut di dalam menyatakan tujuan baginda diutuskan :
{ لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِينَ } [يس: 70]
Yang bermaksud: " untuk memberi peringatan kepada sesiapa yang hidup jiwanya, dan agar ketetapan azab terhadap orang kafir menjadi satu kepastian.

Demikianlah bingkisan Rasulullah yang mengandungi ayat ayat suci al-Quran kepada raja raja yang bukan Islam yang tersurat di dalam lembaran sejarah.

Menurut Dr Ahmad Salim di dalam bukunya: Faidhu al-Rahman Fi al-ahkam al-fiqhiyyah al-khassah bi al-quran, terdapat dua pendapat dalam menerangkan hukum orang kafir membaca al-quran.

Pertama: haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya membaca al-quran, kerana mereka lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub. Ini adalah pendapat mazhab Hanbali.

Kedua: Harus bagi orang kafir membaca al-quran kerana dia belum mempercayai kehormatan al-Quran. Ini adalah pendapat mazhab Syafi'e.

Apabila dirujuk pula kitab kitab utama dalam mazhab syafi'ie kita akan menemui hakikat berikut:
Imam ar-Ramli di dalam kitabnya "ihayatul Muhtaj" menyebut: " orang yang kafir tidak ditegah untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.

Di dalam kitab Mughni al-muhtaj pula, pengarangnya Imam Muhammad as_Syarbani menegaskan bahawa: " perkara yang kedua yang dilarang bagi orang yang berjunub ialah membaca al-quran bagi orang Muslim. Adapun orang Kafir tidak ditegah membaca kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi".

Al-Bujairimi di dalam kitabnya menyebut: " tidak ditegah orang kafir yang berjunub duduk di dalam masjid dan membaca al-Quran, adapun orang kafir yg berhaid dan bernifas dilarang membaca al-quran dan duduk di dalam masjid".

Kalau kita amat amati, sebab kenapa tidak ditegah orang kafir yang berjunub membaca al-Quran dan duduk di dalam masjid adalah kerana mereka belum beriman atau percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran. Pengharusan orang kafir berbuat demikian adalah berdasarkan hadis, di mana nabi s.a.w pernah menahan orang orang musyrikin di dalam masjid.

Saidina umar al-Khattab pernah merampas lembaran al-Quran daripada adik perempuannya Fatimah binti al-khattab ketika beliau belum lagi beriman. Kemudian beliau membaca ayat ayat al-Quran dalam surah Toha.oleh kerana kesan ayat itu begitu tepat menerjah ke lubuk hati beliau lantas beliau sedar dan insaf sehingga akhirnya beliau memeluk agama Islam.

Maharaja Habsyah Najasyi, pernah dibacakan kepadanya oleh Ja'afar bin Abi Talib ayat ayat daripada surah Maryam, yang akhirnya melembutkan hati beliau untuk beriman. Dan banyak lagi peristiwa2 dalam sirah nabawi yang menunjukkan betapa ramai golongan bukan islam beriman dan memeluk Islam setelah mereka membaca atau mendengar al-quran dalam keadaan mereka masih kafir.

Perbuatan yg demikian juga akan memasyhurkan lagi al-quran utk dibaca oleh khalayak kaum yg belum islam dan beriman. Kita berharap agar suatu masa nanti hati orang yang membaca dan mendengar al-Quran ini akan dibuka oleh Allah untuk menerima hidayah dan menjadi pengamal nilai dan ajaran Islam seperti yang terkandung di dalam kitab al-Quran.
[dipetik dan disunting daripada artikel dalam akhbar harakah edisi isnin,11/5/09, mukasurat8 bahagian fikrah, ruangan kemusykilan agama kendalian ust abd ghani shamsudin.]
12.25pm-14-05-09


قال تعالى: { إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ } [فاطر: 28]

Ulama adalah golongan pakar rujuk agama yg memiliki pengetahuan yang mendalam dan luas dalam pelbagai ilmu Islam seperti feqah, tafsir, hadis, aqidah. Ulama juga adalah golongan yang mewarisi tugas dan peranan nabi dan rasul dalam menyampaikan kebenaran Islam kepada seluruh ummat manusia. Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi, nabi s.a.w pernah bersabda:

العلماء ورثة الأنبياء
Ulama itu pewaris para nabi.

Seorang ulama juga merupakan seorg yg amat arif, dalam membezakan haq dan batil yg benar dengan yang palsu, dan yang betul dengan yang salah. Mereka ialah insan yang sentiasa berpegang teguh dengan kebenaran dan menentang kebatilan.

Ulama merupakan golongan yang amat penting, yang perlu bergandingan dengan pemimpin dalam menentukan keupayaan mencorak dan menentukan hala tuju sesbuah Negara.Oleh sebeb itu rasulullah s.a.w pernah menyebut dalam sebuah hadis riwayat abu Nu'aim dan ad-Dailami yang bermaksud:

Dua kumpulan manusia yang apabila baik kedua duanya maka akan baiklah pula seluruh masyarakat sekelilingnya. Tetapi apabila buruk kedua duanya maka akan buruklah pula seluruh masyarakat itu. Dua kumpulan itu adalah ulama dan umara' (pemimpin).

Dalam menjelaskan kepentingan ulama dalam membimbing ummah, nabi s.a.w pernah bersabda di dalam sebuah hadis:

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا


Daripada Abdullah bin Amru bin al-as r.a, berkata, aku telah mendengar rasulullah s.a.w bersabda: bahawa Allah tidak akan mencabut ilmu itu dengan sekaligus dari manusia, akan tetapi Allah swt menghilangkan ilmu itu dengan mematikan para ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.mereka sesat dan menyesatkan orang lain. (hadis riwayat Muslim)

Demikianlah gambaran rasulullah s.a.w tentang keadaan masyarakat akhir zaman apabila mereka ketandusan pimpinan dari para Ulama, di mana akhirnya mereka terjerumus dalam lembah kesesatan. Gambaran ini dengan jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan ulama dalam membimbing masyarakat dan ummah.

Di akhir akhir ini kita melihat gejala gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh rasulullah s.a.w. bilangan alim ulama semakin berkurangan dengan pemergian mereka, dan mencari pengganti kepada mereka pula merupakan sesuatu yang bukan kerja mudah. Usaha untuk melahirkannya pula kurang mendapat perhatian yang sewajarnya, kerana ramai yang lebih mengutamakan pengajian pengajian yang zahirnya dapat meraih keuntungan duniawi.

Ketaatan kepada ulama juga merupakan satu petanda kepada baik buruknya sebuah masyarakat. Apabila masyarakat sudah mula menjauhi ulama, takut mendekati ulama, dan tidak mahu mendengar nasihat mereka. Artis dan hiburan dikejar dan diagung agungkan jauh mengatasi para alim ulama dan majlis majlis ilmu. Nasihat dan teguran ulama mereka anggap sebagai kecaman, hentaman dan sindiran. Mereka juga tanpa segan silu melakukan kemungkaran walaupun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Bahkan terkadang sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para alim ulamam untuk menunjukkan rasa ego dan menyinggung perasaan ulama.

Kehancuran masyarakat seperti ini telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadis:

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ لا يُدْرِكْنِي زَمَانٌ أَوْ لَا تُدْرِكُوا زَمَانًا لَا يُتْبَعُ فِيهِ الْعَلِيمُ وََا يُسْتَحَى فِيهِ مِنْ الْحَلِيمِ

Maksudnya: daripada sahl bin sa'ad, sesungguhnya rasulullah s.a.w pernah bersabda: " Ya Allah jangan kau tmukan aku dan mudah mudahan kamu. x bertemu dengan satu zaman di mana para ulama (hadis riwayat imam ahmad bin hanbal)

Betapa dahsyatnya keadaan ini sehingga baginda s.a.w memohon agar baginda dan para sahabat tidak ditemukan dgn zaman ini.

Seperti disebutkan di dalam ayat di awal khutbah tadi, ulama merupakan hamba Allah yg gerun dan takut kepada Allah s.w.t. Zaman akhir zaman juga menyaksikan kewujudan golongan yang mengakui diri mereka alim, akan tetapi sebenarnya tidak. Hal ini juga telah dijelaskan oleh nabi s.a.w di dalam sabda baginda:
عن أَبَي هُرَيْرَةَ يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنْ اللِّينِ أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنْ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ

Daripada abu hurairah r.a berkata, bersabda nabi s.a.w: akan timbul di akhir zaman org2 yg mencari kepentingan dunia dengan menjual agama.
Mereka menunjukkan kpd org lain pakaian yg melambangkan mereka zuhud di dunia, dan percakapan mereka lebih manis dari gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala, mempunyai tujuan tujuan jahat. (hadis riwayat at-tirmizi).

Wajib kita mengambil pengajaran daripada hadis ini, dengan sikap hati hati terhadap golongan seperti ini. Timbanglah kebenaran dengan kaedah yg diajar oleh rasulullah s.a.w, iaitu dengan neraca al-Quran dan as-sunnah..

Maka jelaslah dari penerangan tadi tentang kepentingan para ulama dan peranan mereka, serta kewajipan kita untuk menghormati dan mentaati mereka.
Marilah sama sama kita menghormati para ulama, mengikuti segala tunjuk ajar dari mereka, agar kita akan terselamat dari hukuman allah taala di dunia dan akhirat.


sumber:

-himpunan hadis 40 hadis akhir zaman,karya abu ali an-nadwi al-banjari, pustaka wasit,pokok sena.

-semakan hadis dan syarah kitab2 hadis dan syarah hadis2 berkaitan-maktabah syamilah

-khutbah siri ke 2-jabatan agama islam negeri pahang, jabatan mufti.


[tulisan ini telah dibaca sebagai khutbah jumaat di masjid kariah dong, kg kuala gali,pada jumaat, 8 mei 2009 yg lalu]


14 mei 2009-12.04pm

Kembara Da'ie: kontroversi!!!

saya merasakan diri saya baru setahun jagung dalam menjadi apa yang disebut org kita sebagai pendakwah bebas. dalam usia semuda itu, banyak juga perkara perkara yang saya pelajari, bukan sahaja dari khalayak yg mendengar saya sahaja, juga dari pendengar2 ustaz lain.

saya teringat kata kata sahabat saya ustaz Mahmud Alfan, saudara saya dari kalimantan, bahawa di malaysia ini, yg berbicara tntg agama ini tidak seperti di Indonesia. di sana ianya hanya dibicarakan orang tertentu, seperti yg ada kaitan dgn pasantren, dan institusi agama. saya setuju dgn beliau.

di kampung saya cthnya, sampai ke kedai kopi dan warung2 isu2 yg ditimbulkan dlm kuliah2 maghrib dibincangkan. kalau bincang cara betul x apa, namun selalunya anak anak murid taksub akan tuan gurunya...apa yg disebut gurunya itulah satu2nya yg betul..yg lain tidak ada..

al-kisahnya
baru baru ini timbul satu isu. seorang shbt sependakwah bebas dan sebridged, lulusan timur tengah. empat lima kali anak murid yg mendengar kuliahnya (bukan di msjd kg saya) menimbulkan isu isu yg dipelajarinya, bagaikan berdebat dgn seorg lagi di warung ketika malam hari. mulanya lebih kepada masalah khilafiyah yg bagi kita yg biasa dgn fiqh muqaran bukanlah satu kontreversi. namun terakhir, tiba tiba ianya jadi mengejutkan.

katanya setelah qamat, imam hendaklah terus angkat takbir memulakan solat. tidak ada sebenarnya dlm agama, imam menyerukan rapatkan saf dan sebagainya selepas qamat.kena terus bertakbir.

jadilah ia kontreversi. yg sebenarnya tidak pasti betul tidaknya. yg tidak sabar, yg tidak teliti mula membawanya sebagai modal kuliah, menyindir dan mengkritik atas sesuatu yg sebenarnya belum pasti.

mencari kepastian
saya merasakan menjadi kewajipan saya memastikan hal sebenar,lalu saya mula bertanya beberapa individu yg mendengar terus dari ustaz tadi. akhirnya pada satu malam, kebetulan saya mengajar di masjid yg sama, usai isya dan sambil menikmati juadah, saya berbincang dan bertanya dengan dua imam yg rapat dan mendengar kuliah ustaz tadi.anda tahu apa perkara sebenarnya?

rupa rupanya lain yg disampaikan, lain yg difahami. lain yg dimaksudkan, lain yg disampaikan semula. rupa rupanya bukan tidak ada merapatkan saf. cuma dia berpegang pada imam mesti merapatkan saf sebelum bilal qamat.bila bilal qamat, saf sudah sempurna, jadi imam teruslah angkat takbir. [tak silap saya disandarkan kpd mazhab hanafi, wallahu'a'lam.]

salah siapa?
salah muridkah yg tidak mampu memahami pengisian kuliyah? atau salah gurukah yg tidak pakar dlm penyampaian.sama sama kita muhasabah :)

solusi
bila kita menyampaikan satu perkara yg ada khilaf, yg masing2 ada dalil, kita sepatutnya menyebut ada pendapat lain yg ada dalil. tidaklah secara berat, dlm bentuk yg mampu difahami.supaya masyarakat tidak menganggap itulah satu2nya pendapat yg betul, yg lain salah.
perbincangan kami malam itu timbul satu cadangan, ustaz2 yg memberi kuliah sepatutnya ada satu majlis diskusi tetap-usrah la kiranya- membincangkan hal2 yg sepatutnya. supaya org2 awam tidak pening, ustaz ni kata mcm ni, ustaz ni kata mcm tu, kita tak payah buat langsung la...


10.46pm-11/5/09

Ziarah ke rumah wan chik dan tok chik

siang tadi sempat ke kampung Jelu untuk menziarahi nenek saudara (adik beradik wan), dan suaminya tok cik (pemilik http://siraltalmustaqim.blogspot.com/ ), di rumah mereka di sana. mereka ni tinggal di sungai buluh, cuma cuti2 mereka pulang ke Dong ini, di mana mereka ada sebuah lagi rumah.

selain mengeratkan silaturrahim dan ukhuwan dengan ziarah menziarahi,(sbnarnya kira berbalas ziarah sbb mlm sblmnya mereka dtg ke rumah walaupun aku x da di rumah), aku, ayahanda dan abang berhajat melihat projek ternakan itik tok chik dan wan chik. kebetulan jenis itik yg dibelanya sama dengan anak itik pertama di rumah kami, jadi nak tengok macam mana rupa itik tu bila besar.

tempat itiknya jauh lebih besar dari tempat kami.memuatkan 25 ekor itik telur berwarna putih. diletakkan bersama ayam kampung. siap ada parit dan kolam untuk kegunaan itik itik tersebut. terkejut dengar itik2 ni campur ayam makan kira kira seguni makanan setiap minggu.

berikut gambar2 yg sempat dirakam di sana..

reban itik tok chik dan wan chik ada parit (seperti dalam gambar ini) ,dan ada kolam
dua daripada itik yang cuba berposing ketika difotokan gambarnya


harmoni: itik telur dan ayam kampung hidup dengan aman damainya
salah seekor dari ayam kampung yang ada

itik itik ni baru tiga bulan sebenarnya umur mereka


ayam kampung yg sedang bersantai

1.41am-11/5/09

Wahai pemimpin, perhatikan siapa penasihatmu!!

Baru baru ini, saya terbaca di sebuah blog yg sering saya ikuti updatenya, tentang dua pemimpin zahirnya kelihatan bertelagah dan tidak sehaluan dalam satu isu. Akhirnya seorang pemuda tampil membuat satu penjelasan mengejut, yg sebenarnya ia berpunca dari kefahaman yg silap yg diberikan oleh penasihat kepada salah seorg pemimpin tadi. Dalam mengikuti isu ini di dalam blog, juga akhbar, tiba tiba Allah melintaskan di minda saya sebuah hadis yg pernah saya baca. Saya pun merujuk kembali kitab tersebut, dan saya menjumpai matan hadis secara penuhnya begini…

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا بَعَثَ اللَّهُ مِنْ نَبِيٍّ وَلَا اسْتَخْلَفَ مِنْ خَلِيفَةٍ إِلا كَانَتْ لَهُ بِطَانَتَانِ بِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالْمَعْرُوفِ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ وَبِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالشَّرِّ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ فَالْمَعْصُومُ مَنْ عَصَمَ اللَّهُ تَعَالَى
Nabi s.a.w pernah bersabda: tidaklah Allah mengutuskan seorang nabi, dan tidaklah dilantik seorang pemimpin, melainkan dia mempunyai dua jenis pendamping, pendamping yang menyuruhnya berbuat kebaikan dan menggalakkannya berbuat kebaikan, dan pendamping yang menyuruhnya dengan kejahatan dan menggalakkannya melakukannya. Maka orang yang terpelihara ialah orang yang dipelihara oleh Allah Ta'ala. (diriwayatkan oleh imam al-bukhari di dalam sahihnya, juga dimuatkan oleh imam an-nawawi dalam riadus salihin).

Mari kita lihat apa kupasan ulama tentang hadis ini…

Berkenaan dengan para nabi,para ulama menyebutkan bahawa mereka terpelihara daripada pendamping yang menyeru dan menggalakkan kejahatan. Dikatakan juga bahawa maksud dua pendamping bagi para nabi ialah malaikat , sebagai pendamping yang menyeru dan menggalakkan kebaikan,dan syaitan yg juga cuba mendampingi nabi. Tinggal lagi, seperti yang dikatakan nabi s.a.w pendamping kedua itu berjaya diIslamkan dengan bantuan dan izin Allah Ta'ala.

Para pemimpin pula, jika dilihat dari hadis ini, mereka akan didampingi oleh golongan yang mudahnya kita bahsakan sebagai penasihat. Dalam hadis ini nabi menerangkan kepada kita bahawa ada dua jenis penasihat yang akan mendampingi pemimpin- penasihat yg memang penasihat yg sebenarnya, dan penasihat yang menyuruh dan menggalakkannya melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Kadang kadang seorang pemimpin itu soleh, baik, tetapi kelicikan penasihatnya yang menghiasi kejahatan dan kemungkaran sehingga ia nampak indah, serta mencemari kebaikan hingga tampak jelek. Jika si pemimpin persis Najasyi, yg tetap teguh pendiriannya atas kebenaran, maka terpelihara dia dari kejahatan sesetengah penasihatnya. Jika sebaliknya, pemimpin mungkin terjebak!!

Kadang kadang seseorang pemimpin itu kurang baik, teruk akhlaknya, namun punyai penasihat yg ikhlas menasihatinya dan menyerunya ke arah kebaikan. Hingga Allah mencampakkan nur dalam hatinya untuk berubah, dengan sebab nasihat2 penasihat yg ikhlas tadi.

Kesimpulan yg dapat saya buat, para pemimpin wajib berjaga jaga dengan pendamping2 yg cuba mendampingi mereka sebagai penasihat, kerana mereka itu dibahagikan kepada dua golongan yg salah satu daripadanya hakikatnya bukan penasihat. Hanyalah sesiapa yg dipelihara oleh allah akan terpelihara daripada kelicikan penasihat yg tidak ikhlas itu!!

Rujukan:
fathul Bari-Ibnu Hajar al-asqalani
Syarah riadhus salihin – sheikh Muhammad soleh uthaimin
Ar-raheeq al-makhtum- safyu ar-rahman al-mubarakfuri

11.37pm-03-05-09

p/s: pagi tadi berjaya dapatkan anak ayam kampung...bos plak tambah itik...makin meriahlah minifarm...sila lihat ceritanya di http://epetscorner.blogspot.com

jom dgr kuliah: Maulana Mohd Asri yusof

sejak dikurniakan Allah menikmati perkhidmatan internet yg amat memuaskan, saya byk juga mendownload video...akhir2 ini saya tertarik dgn petikan2 kuliah ustaz maulana mohd asri yusof..byk juga saya download, hingga part "kuliah" dalam partition hardisk yg menyimpan video dipenuhi petikan2 kuliah beliau.





saya sebenarnya lama juga mengenali dan mengetahui maulana. dulu pun ust arif nazri dan abg latif ada promot kuliah beliau dlm bentuk cd. tapi masa tu saya mcm x berminat jer..sebab masa tu tgk hangat nak dgr kuliah2 dr ustz asri (MAZA)..sampai x brp nk dgr yg lain pulak...

diri saya sendiri bila mendengar kuliah, selalunya dua tujuan. utamanya semestinya isi kuliah, juga cara penyampaian yg tidak kurang penting bagi org seperti saya yg baru belajar2 menyampaikan ilmu Allah.saya tertarik dgn maulana mohd asri yusof dlm kupasan isu isu fiqh terutamanya. mungkin kerana kebanyakan kuliah2 saya sendiri berteraskan fiqh, dan niat saya mempraktikkan pesanan ust azrif nazri- mengajar fiqh yg sebenar, membuatkan saya tertarik dr sudut ini.

saya pernah dengar org menggelar maulana syadid, lebih syadid dr dr MAZA. tp saya mcm x nampak kebenaran kata2 itu. saya seronok dan berkenan dgn kupasan fiqhnya yg menyeluruh, beliau menyentuh fiqh mazhab bersekali dgn fiqh sunnah, kemudian beliau menyebut pendapatnya.beliau menyebut perkara2 khilaf beserta dalil, apa yg tak perlu diperbesarkan dan apa yg perlu dibetulkan.

jadi sesiapa yg berminat nak dgr kuliah maulana, bolehlah search di laman youtube, ataupun cari di al-ahkam.net.nanti bolehlah berkongsi pendapat bersama saya di sini.

12.44am-3/5/09